Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

17/04/2012

Ceritera Emas


Emas merupakan antara barang yang menjadi kebanggaan setiap wanita kerana dengan memakai barang perhiasan emas, seorang wanita akan kelihatan anggun dan cantik. Saban masa harga emas tidak menentu dan harga emas juga akan terus melonjak walaupun adakalanya harga akan turun sedikit. Namun kenaikan harga emas begitu banyak berbanding penurunan.

Kini harga emas begitu melambung berbandung 5 tahun dahulu. Aku ambil contoh tempoh yang pendek sahaja. Jika diimbas zaman dahulukala, emas digunakan sebagai hadiah kepada negara yang melindungi negara lain. Ini jelas menunjukkan betapa berharganya emas tersebut. Jika 5 tahun dahulu, harga emas sekitar RM80/gram namun kini harganya mencecah RM180/gram bagi emas 916 ataupun emas 22 karat.

Kini jika ditanya untuk membeli emas, ramai akan menjawab tiada duit, emas mahal, dan macam-macam lagi alasan. Tetapi sedarkah bahawa emas akan mengikat inflasi dan tidak akan jatuh nilainya berbanding dengan fiat iaitu nilai matawang yang kita gunakan sekarang ini. Jika 5 tahun dahulu, dengan bermodalkan RM1000 kita mampu membeli barang kemas padu dengan berat yang memuaskan hati namun kini dengan jumlah tersebut hanya mampu beli berat 5gram sahaja tidak termasuk lagi upah yang dikenakan.

Sekarang ini jika ingin membeli barang kemas untuk hantaran pun kena kumpul modal yang banyak, belum ambil kira lagi jumlah hantaran yang diminta oleh pihak keluarga wanita. Kesedaran menyimpan emas mula mendapat tempat di kalangan masyarakat namun masih ada juga yang belum sedar tentang berharganya emas tersebut. Bagi golongan lelaki bujang yang belum tentu lagi bila bernikah turut boleh menyimpan emas sebagai persediaan. Jika tunggu sudah nak nikah baru bercadang membeli emas, mungkin pada masa tersebut harga dah melambung tinggi. Di andaikan harga emas pada tahun 2020 mencecah RM 500/gram. Bayangkan berapa berat sahaja yang dapat dibeli pada masa tersebut dengan mengambil andaian gaji sekitar RM 2000. Perkara ini adalah tidak musatahil kerana permintaan terhadap emas yang semakin meningkat manakala pengeluaran emas yang semakin susut. Terdapat juga negara-negara yang menyimpan emas bagi mengikat ekonomi negaranya supaya terus stabil dan dapat mengurangkan inflasi kewangan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons