Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09/04/2012

Percintaan Remaja Kini





Baru-baru ini aku pergi kursus dan dapat sebilik dengan rakan yang muda remaja usia seawal 20-an. Rakan ini baru sahaja bertunang dengan gadis pilihannya. Setiap saat habis kuliah dan menjelang rehat, mesti membuat panggilan kepada tunangnya. Bila tengok gaya dia, berminat lak aku nak buat entry tentang cara remaja sekarang bercinta.

Kalau bergayut mesti lama, lebih-lebih lagi sekarang ni dah ada kemudahan yang canggih. Dahlah buat panggilan, sambung lagi dengan SMS. Pergh, gila betul remaja sekarang. Telefon bimbit ini merupakan satu keperluan dan bukanlah barang mewah seperti dahulu lagi. Wujudnya teleon bimbit lagi mudah dah bercerita. Kadang pelik juga aku tengok, masa bercinta mesti tidak lepas memegang telefon. Ibarat seperti pasangannya berada di depan mata. Kalau boleh setiap saat nak dilaporkan. Hatta nak buang air pun bagitau. Kalau menjelang malam, lagi ligat bercerita. Di ulasnya cerita dari pagi sampai ke malam. Cerita mak bedah beli cencalok pun boleh jadi bualan. Kelakar pun ada bila ditengokkan gelagat tersebut. Bermulanya buka mata sehingga tutup mata akan memegang telefon. Mesti akan bertanyakan kekasihnya dahulu baru nak solat subuh. Menu makanan menjadi tajuk, sedang makan pun masih SMS. Bila masuk malam, lagi kronik. Masuk dalam selimut sambil bercerita. Soalan tentang pakaian dalam yang dipakai pada hari tu pun boleh menjadi tajuk. Si gadis pula tanpa segan silu memberitahu warna, saiz seolah-olah tiada halangan untuk sang jantannya tahu. Bila dah larut malam, lagi perlahan suara berkata-kata ibarat berada dalam kelambu. Aku yang menjadi pelik bin hairan. Kalau dah setiap saat buat laporan dan bercerita, tak bosan pula tu. Aku terikir juga, nanti andaikata ada jodoh dan menjadi pasangan suami isteri, apa pula perkara yang hendak diceritakan. Antara soalan-soalan yang biasa ditanya sepanjang hari:-

Syg, morning...
Syg dah bangun lum?
Bangun pukul bape?
Syg dah mandi?
Syg dah smpi opis?
Sarap apa pagi ni?
Gi sarap dengan sape?
Syg dah lunch lum?
Lauk apa td?
Syg pakai baju apa?
Warna apa?
Syg blik pkl bape?
Syg dah mandi ptg?
Syg masak apa?
Syg dah nak tido lum?
Jom kita tido sama2 nak?

Hm, banyak lagi soalan. Pening juga aku tengok gelagat mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons