Prinsip Orang Kaya
Ramai
orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh
orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai
kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat
dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang
jelas; mereka tahu dengan tepat berapa
banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang
kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh bertambah sepanjang
hidup mereka.
Di bawah adalah 12 prinsip kekayaan mereka yang boleh kita ikut:
1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat
berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang
perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal
yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah
tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan.
Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan
jika terdapat sebarang halangan.
2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan
matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka
tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada
masa depan mereka.
4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana.
Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada
kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil
insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang
bencana keatas diri sendiri.
5. Mereka cuba mengelakkan hutang.
Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan
membayar dengan lebih awal jika boleh.
6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
8. Mereka benci berbelanja.
9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang
yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan
tanggungjawab kepada Tuhan.
12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh
hostgator coupons