Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04/05/2012

Inilah Kisahku 1

Kisah yang akan kupaparkan ini merupakan kisah benar dari seorang rakanku dalam menempuh perjalanan hidupnya.

Hari-hari yang kulalui penuh dengan cubaan yang memberikan aku pengalaman dan pengajaran. Aku bukanlah seorang graduan universiti tetapi aku bekas pelajar universiti. Jika diimbas kembali, banyak perjalanan hidup yang aku tempuh meninggalkan kesan dalam hidupku.

Aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya tetapi hanya kesederhanaan dalam hidupku. Aku bukanlah juga seorang yang pandai dalam pelajaran tetapi mampu berada di dalam kelas terpandai, bergaul dengan kawan-kawan yang bijaksana. Semenjak di bangku sekolah lagi, aku selalu mendapat nombor tercorot kerana terpaksa bersaing dengan rakan-rakannya yang lebih pandai dan merupakan dari keluarga berada yang mampu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.

Aku hanya mampu mengulangkaji pelajaran di rumah sahaja. Aku cuba kerap gagal menyiapkan kerja yang dibekalkan oleh guru. Akibatnya aku terpaksa menjalani hukuman. Jika dulu, hukuman berdiri di luar kelas, berdiri di atas meja sambil menjunjung kerusi atau berdiri di atas kerusi, di rotan guru adalah perkara biasa dan tiada tindakan yang diambil oleh ibubapa. Aku memulakan persekolahan pada tahun 1990-an. Pada zaman tersebut, kami sebagai anak takut untuk memaklumkan kepada keluarga berkaitan hukuman yang dikenakan kerana tidak mahu menerima hukuman selanjutnya daripada ibubapa. Manakala keluarga pada zaman tersebut juga menganggap perkara tersebut sebagai satu cara mendidik supaya anak akan lebih berwaspada dan mempunyai sifat tanggungjawab sebagai murid. Zaman sekarang anak-anak begitu dimanjakan sehingga anak-anak sanggup memijak kepala orang yang lebih dewasa. Aku juga agak nakal ketika di sekolah dan mempunyai kekasih hati di sekolah rendah. Namanya sehingga kini masih di dalam ingatanku.

Zaman itu, percintaan monyet menggunakan surat dan terdapat rakan yang akan menjadi posmen tidak bergaji. Nama posmen tersebut pun masih ku ingat. Hm, apa yang ada dalam cinta monyet di alam persekolahan rendah. Percintaan yang tiada harapan dan masa depan dalam hidup. Tidak pernah ku dengar percintaan yang dari sekolah rendah berlanjutan ke sekolah menengah dan akhirnya bernikah. Di saat-saat menghampiri ke peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, sekolah menganjurkan kelas tambahan setiap minggu dan di waktu tersebut juga kami mengambil kesempatan untuk berjumpa dan pulang bersama. Kami sebenarnya berlainan kelas. Si dia kelas kedua. Aku ke sekolah dengan menunggang basikal BMX yang popular pada zaman tersebut. Guru kelas ku seorang berbangsa Cina dan mengajar Bahasa Inggeris. Aku suka cara dia mengajar, tidak garang tetapi rotan tetap di tangan bagi merotan murid yang salah dalam latihan Bahasa Inggeris. Dia juga mesra pelajar. Hihihi.

Aku mempunyai banyak buku latihan intensif. Buku yang paling popular pada zaman tersebut adalah keluaran Sasbadi. Aku mempunyai minat membaca novel terutamanya melibatkan penyiasatan. Kononnya aku bercita-cita ingin menjadi seorang penyiasat kelak. Namun.......Setelah peperiksaan UPSR, kami ditawarkan untuk menduduki peperiksaan IQ bagi permohonan ke sekolah berasrama penuh. Aku pun menjawab soalan tersebut dengan tawakal kepada Allah. Setelah keputusan UPSR diumumkan, aku begitu berdebar-debar untuk menatap keputusan. Bermacam-macam andaian berlegar di kepala. Adakah aku lulus atau sebaliknya....bersambung..............................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons