Nakba Palestin dan gerakan Zionisme
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh malang bagi umat Islam Palestin
apabila seramai 700,000 orang diusir dari tanah mereka sendiri. Tarikh
ini juga merupakan saat penting bagi gerakan Zionis apabila mereka
akhirnya berjaya mengisytiharkan penubuhan negara Israel yang telah
dirancang penubuhannya pada 1897 di Muktamar Zionis kali pertama yang
diadakan di Bern, Switzerland.
Pada muktamar tersebut, pengasas Zionis Theodor Hertzl telah
mengumumkan misi dan visi gerakan Zionis Antarabangsa. Antara perkara
yang diumumkan ialah “Protokol Zionis” dan “Rancangan 100 Tahun”.
Di dalam rancangan 100 tahun menyatakan 2 fasa iaitu pada fasa pertama
gerakan Zionis mesti menguasai tanah Palestin dan menubuhkan sebuah
negara Israel dalam masa 50 tahun. Fasa kedua ialah gerakan Zionis
menguasai dunia dalam masa 50 tahun seterusnya. Sungguh hebat sekali
gerakan Zionis membuat perancangan 100 tahun dan setiap perancangan
berjaya mencapai matlamat sedangkan umat Islam masih lagi mencari
identiti dan gagal merancang untuk kemajuan umat. Kalimah “Nakba
Palestin” bermakna kemalangan atau bencana besar buat rakyat Palestin.
Istilah ini buat kali pertamanya digunakan oleh seorang penulis Syria
Constantine Zureiq di dalam penulisannya berbahasa Inggeris pada 1956
iaitu Ma`na al-Nakba atau Makna Nakba .
Mandat Bristish di Palestin
Palestin sebelum pendudukan British merupakan sebuah jajahan Empayar
Islam Uthmaniah. Di bawah naungan Islam, rakyat Palestin hidup aman
damai tanpa sebarang kekacauan. Akan tetapi, Perang Dunia Pertama
meletus dan Empayar Uthmaniyah kalah serta ibu kotanya Istanbul berjaya
ditawan British. Lalu, bermulalah kisah malang sebuah bangsa di tempat
suci umat Islam ketiga. British menduduki Palestin pada 1917 dan
mengumumkan pemerintahannya yang dinamakan “Mandat British Palestin”.
Jeneral Edmund Allenby yang menawan Palestin berkata “Perang Salib telah
tamat”. British kemudiannya mengumumkan Deklarasi Balfour pada 2
November 1917 yang memberi jaminan sebuah negara untuk orang Yahudi.
Semenjak itu, ramai pendatang Yahudi dari seluruh dunia terutamanya
Eropah dan Russia mula membanjiri tanah Palestin. Mereka juga membeli
tanah daripada penduduk tempatan.
Plan Pengasingan PBB (UN Partition Plan) 1947
Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik
PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk
membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun,
usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang
bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan
meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin
secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya
1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali
lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak
mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta
keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin
bermaharajalela.
Perang Saudara Mandat British Palestin 1947-1948
Palestin seterusnya terjebak di dalam kancah perang apabila kumpulan
pengganas Yahudi iaitu Irgun, Haganah, Lehi, Palmach dan Mahal memulakan
serangan terhadap rakyat Palestin. Kumpulan pengganas Yahudi dibiayai
dan disokong oleh Amerika Syarikat, British dan Kesatuan Soviet. Pasukan
sukarelawan Arab yang dipimpin oleh Abdul Qadir Al-Husayni dan Fawzi
Al-Qawuji cuba menentang dan menahan asakan pengganas Yahudi akan tetapi
tidak berjaya. Setelah pengganas Yahudi memenangi perang ini, David Ben
Gurion mengumumkan penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948 dan seluruh
rakyat Palestin diusir dari tanah sendiri. Ramai rakyat Palestin
terbunuh dalam perang ini. Antara peristiwa yang menyayat hati ialah
pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin yang menyaksikan 200 orang
kebanyakannya orang awam dibunuh. Rakyat Palestin kemudiannya lari ke
Lubnan, Syria dan Jordan. Khemah rakyat Palestin masih berdiri kukuh
lagi walaupun 63 tahun telah berlalu. Rakyat Palestin yang dihalau dari
tanah sendiri masih lagi menyimpan geran tanah mereka dan masih
berkeyakinan bahawa generasi masa hadapan akan kembali semula ke
Palestin.
Respons negara Arab
Negara-negara Arab cuba membalas dengan mengumpulkan kekuatan tentera
dari Syria, Jordan, Mesir, Sudan, Lubnan, Iraq, Arab Saudi dan Yaman.
Selain itu, terdapat juga kumpulan penentang lain seperti Tentera Perang
Suci (Palestin), Tentera Pembebasan Arab dan Ikhwan Muslimin akan
tetapi negara Arab kemudiannya telah mengarahkan kumpulan tersebut untuk
menyerahkan senjata dan meninggalkan medan perang. Tentera negara Arab
yang turun ke medan perang tidak diisi dengan roh Islam dan jihad
menyebabkan tentera Israel dengan mudah mengalahkan dan berjaya membunuh
hampir 15,000 tentera Arab. Tentera Israel lebih takut kepada pejuang
Islam seperti Ikhwan Muslimin dan rakyat Palestin. Perancangan musuh
juga labih teliti apabila hampir dua pertiga pegawai tinggi tentera Arab
terdiri daripada pegawai British seperti John Baggot Glubb dan Norman
Lash dan juga negara Arab lain menyebabkan tentera Arab gagal menewaskan
Israel.
Kekalahan pengajaran buat umat Islam
Nakba Palestin merupakan satu iktibar dan pengajaran buat umat Islam
untuk menentang musuh-musuh Islam yang jauh lebih hebat dari segi
persenjataan dan perancangan. Umat Islam mesti bersungguh-sungguh dan
bersatu padu untuk menentang musuh Islam yang kini sudah menjajah bumi
Palestin. Kita mestilah memerangi Israel dan sekutu-sekutunya supaya
Palestin dapat dibebaskan daripada cengkaman kezaliman. Semoga rakyat
Palestin mendapat kembali hak mereka.
Hidup mulia mati syahid..... sukarelawan Arab sedang dalam perjalanan ke medan perang
Abdul Qadir Al-Husayni..... syahid dalam pertempuran
Serangan mortar..... Tentera Pertahanan Israel(IDF) sedang melancarkan serangan ke arah tentera negara Arab
Lari..... rakyat Palestin keluar dari tanah sendiri sehelai sepinggang sahaja
Daif..... pemandangan dari sebuah khemah pelarian Palestin 1948
Kunci.... simbol pembebasan tanah Palestin
Derita..... ibu sedang memikirkan masa depan anak-anaknya dalam pelarian
Jalur kemenangan..... tentera Israel memacakkan bendera
Israel di Eilat yang bersempadan dengan Mesir dan Jordan tanda
kemenangan perang 1948
Mara..... konvoi tentera pembebasan Arab sedang menuju ke Baitulmaqdis
Semakin terjajah...... rajah menunjukkan pemilikan tanah Palestin oleh Yahudi dan Islam dari 1946 sehingga 2000
Nahr el-barid...... sebuah lagi kem pelarian Palestin
Jahanam Israel..... rakyat Palestin berdemonstrasi di Beitlehm sempena Nakba Palestin
Sedih..... raut wajah seorang warga emas apabila terpaksa lari dari tanah air sendiri
"Kita akan pasti kembalikan Palestin"...... slogan yang tertera pada sepanduk anak kecil ini
Pilu...... anak kecil ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin lagi sejak dihalau
Pelan jahat..... rajah menunjukkan Pelan Pengasingan PBB 1948 yang jelas memihak kepada Yahudi