Subscribe:

Ads 468x60px

27/06/2012

Negara Paling Sedikit Penduduk 3

NEGARA KEPULAUAN COCOS (KEELING)


Negara jajahan Australia ini terletak di Lautan Hindi, bahagian barat Pulau Krismas atau lebih tepat lagi terletak di pertengahan laluan dari Australia ke Sri Lanka berhampiran Indonesia. Mempunyai penduduk seramai 596 orang di mana 80 peratus daripada mereka beragama Islam serta boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris.

Kepulauan ini mengandungi dua atol dan 27 pulau terumbu karang namun tidak mempunyai sumber air bersih dari sungai atau tasik. Penduduknya bergantung sepenuh kepada bekalan air bawah tanah dan tadahan air hujan. Ibu negara Kepulauan Cocos (Keeling) adalah Pulau Panjang manakala penempatan penduduk terbesar adalah Kampung Bantam (Pulau Selma).

 Pemerintahan kepulauan ini berasaskan kepada Akta Pulau Cocos (Keeling) 1955 dan ia bergantung kepada undang-undang Australia. Kepulauan ini ditadbirkan dari Canberra oleh Jabatan Peguam Negara (sebelum 29 November 2007, pentadbiran dikendalikan Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan) melalui pentadbir bukan pemastautin yang dilantik oleh Gabenor Jeneral.

Pentadbir terkini adalah Neil Lucas yang dilantik pada 30 Januari 2006. Beliau juga dilantik Pentadbir Pulau Krismas. Kedua-dua wilayah ini adalah sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Australia, Kepulauan ini juga mempunyai angkatan Polisnya sendiri. Namun aspek pertahanan di kepulauan ini masih di bawah tanggungjawab Kerajaan Australia.

Kegiatan ekonomi utamanya adalah pelancongan seperti sukan air, selam skuba serta alam semulajadi. Sebahagian kecil penduduk pulau ini mengusahakan kebun kecil dan penangkapan ikan untuk sumber bekalan makanan. Sebahagian besar bekalan makanan adalah diperolehi daripada Australia dan tempat lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons