Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

18/06/2012

Nostalgia Pengemis Hati 2





"Jika benar cinta itu buta, butakanlah mataku..." inilah adalah satu senikata lagu apa yang aku lupa tajuknya. Lagu ini sebenarnya tiada kaitan pun dengan entry kali ini. hehehe....


Kenangan lepas mengajar erti kedewasaan, pengalaman orang lain turut menjadi pengajaran bagi kita. Seorang rakanku bernama Nizam berkenalan dengan seorang gadis bernama Izah. Kedua-dua mereka ketika itu merupakan penuntut IPTA berlainan. Perkenalan bermula ketika Nizam melawat rakannya Uden di satu IPTA. Bukanlah disengajakan perkenalan antara Nizam dan Izah tetapi melalui sembang maya yang mempertemukan mereka. Nizam ketika itu baru berputus kasih dengan kekasihnya dan mencari calon yang baru menggantikan tempat. Perbualan mereka melalui Yahoo Mesengger telah menjadi tapak bertukar-tukar nombor telefon. Nizam mengetahui bahawa Izah masih sendirian dan tidak mempunyai teman lelaki istimewa. Izah berpendapat, tiada seorang lelaki pun yang boleh dipercayai kerana lelaki kerap mempermainkan wanita. Hujah tersebut dipegang oleh Izah. Nizam yang terkejut dengan jawapan tersebut bertanya samada Izah pernah melalui pengalaman tersebut. Izah menjawab bahawa semuanya melalui kisah yang diceritakan oleh rakan-rakannya. Zaman kini, dunia telah berubah bukan seperti dahulukala. Setiap apa yang lelaki lalukan, wanita tidak mahu ketinggalan dan turut melakukannya sama. Jika lelaki permainkan wanita, sama sebaliknya wanita turut mempermainkan lelaki. 

Izah menafikan hujah Nizam dan tetap mahu mempertahankan pendapatnya. Semenjak dari hari itu, mereka kerap bertanyakan khabar berita dan bermulanya bibit-bibit cinta. Perhatian yang diberikan Nizam terhadap Izah telah membuatkan Izah jatuh cinta dan tertambat hati. Setelah 3 bulan bercerita melalui telefon, masing-masing melafazkan perkataan cinta terhadap pasangan. Cuti semester yang dilalui penuh dengan dunia fantasi dan masing-masing berada di alam cinta. Izah ketika itu menjalani praktikal di Selayang manakala Nizam bekerja sementara di Shah Alam. Setiap hujung minggu mereka bertemu di KLCC memadu kasih. 

Semester baru telah dibuka, Izah telah kembali ke kampus untuk meneruskan pengajiannya manakala Nizam pulang ke kampung untuk mencari pekerjaan tetap. Semester baru yang dilalui Izah penuh keceriaan kerana mendapat dorongan semangat daripada Nizam. Akhirnya Izah berjaya menamatkan pengajiaannya manakala Nizam telah mempunyai pekerjaan tetap. Izah melakukan pelbagai pekerjaan bagi mengisi masa cutinya. Tidak betah rasanya untuk menanam anggur sahaja. Setelah tamat konvokesyen, Izah meminta Nizam untuk mencarikan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakannya. Setelah pelbagai usaha dilalukan, Izah berjaya menempatkan dirinya di sebuah Sekolah Agama Negeri sebagai pendidik. Bermulalah saat-saat perit dalam perhubungan mereka. Nizam menghubungi seperti biasa namun sambutan yang diterima kurang memberangsangkan, ini menjadi tanda tanya dalam diri Nizam. Kerap Izah memberikan alasan bahawa telefonnya tertinggal di bilik guru. Nizam mulai curiga dengan jawapan tersebut.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Izah mengaku bahawa telah mempunyai teman lelaki lain selain Nizam. Betapa kecewanya Nizam dengan tindakan yang dilakukan Izah. Berlakunya pertengkaran kecil antara mereka dan Izah mengatakan bahawa percintaan mereka hanya sampai disitu sahaja, Izah memberikan alasan bahawa Nizam tidak merancang untuk masa depan dan tidak mahu berusaha untuk pergi lebih maju sebaliknya Izah telah terpaut hatu dengan seorang lelaki yang mempunyai masa depan lebih cerah berbanding Nizam. Patah hati Nizam mendengar pengakuan dari Izah tersebut. Hajatnya untuk menghantar rombongan meminang pada hujung tahun tersebut punah. Nizam terpaksa menerima kenyataan tersebut dengan hati yang terpaksa. Percintaan yang dilalui selama 3 tahun musnah begitu sahaja. Bagi mengubatkan hati yang lara, Nizam mencari calon yang sesuai dan ingin bernikah dengan secepatnya. Kini usia perkahwinan Nizam mencecah usia 5 tahun. Dari soalselidik melalui rakan-rakan, didapati Izah gadis yang pernah mempermainkannya suatu masa dahulu masih belum bernikah dan dengarnya telah beberapa kali ditipu lelaki. Nizam hanya mampu meluahkan rasa kasihannya terhadap Izah melalui rakan-rakan dan tidak mampu untuk bersua muka dengan Izah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons