Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04/06/2012

Pemberian Pakaian Punca Putus Cinta?

Dulu-dulu kerap aku dengar ada orang pesan, kalau bercinta jangan hadiahkan pakaian kepada pasangan. Katanya, nanti jodoh tidak kekal lama.Aku menganggap perkara itu hanyalah mainan dan supaya pasangan bercinta ini tidak menghabiskan duit untuk membeli barangan sedemikian. Maklumlah, biasanya barangan begitu mahal dan mustahil pasangan hendak berikan barangan yang murah. Rupanya perkara tersebut benar-benar berlaku apabila aku saksikan seorang kawan aku yang bernama Sarul mengalaminya.

Sarul ini bukan seorang yang playboy. Tetapi dia pernah bercinta dengan lebih daripada seorang gadis. Setiap gadis yang bertakhta di hatinya, bukanlah gadis yang menjadi kegilaan ramai. Sarul bercinta kali pertama dengan seorang gadis dari Kedah bernama Lyna. Perkenalan bermula sejak dari Tingkatan 3 dan dari sebuah majalah pendidikan. Maklumlah, 15 tahun dahulu mana ada pelajar yang menggunakan telefon bimbit. Bercinta pun melalui warkah cinta, seminggu hantar, seminggu kemudian baru terima jawapan. Adakalanya lebih daripada itu, hinggakan sampai terlupa membalas. Zaman sekarang, setiap saat boleh bercerita. Asalkan ada pulusnya.

Seorang di utara, seorang di selatan. Sudah tentu agak mustahil untuk berjumpa. Selepas 5 tahun berkawan, baru dapat berjumpa. Itu pun disebabkan Sarul memilih Kolej Matrikulasi PP. Jika tidak, jangan haraplah berjumpa. Akhirnya mereka pun declare menjadi pasangan kekasih. Semenjak itu, dunia Sarul berubah. Sarul pernah menghadiahkan sepasang tudung. Pada mulanya, Lyna enggan menerima, menurut Lyna, pemberian pakaian boleh menyebabkan jodoh tidak kekal lama. Sarul anggap itu hanya mainan orang-orang tua sahaja. Lyna setuju dengan pendapat Sarul. Lyna turut menghadiahkan Sarul sehelai kain pelikat. Bermula dari situ, pelbagai hadiah pakaian yang ditukarkan. Akhirnya, pada suatu hari Lyna menghubungi Sarul dengan mengatakan ada perkara penting yang ingin diberitahu. Lyna mahu Sarul menganggap dirinya sebagai kawan dan Lyna ingin menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Sarul agak sukar menerima kenyataan dan inginkan kepastian daripada Lyna namun tiada jawapan kukuh yang diterima. Sarul terpaksa menerima kenyataan bahawa dirinya dan Lyna tiada jodoh dengan hati yang terpaksa rela.

bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons