Pages

12/07/2012

Putus Pertunangan



Baru-baru ini aku berjumpa dengan seorang rakan bernama Sham. Padahal baru 2 minggu tidak berjumpa rupanya ada satu cerita sedih yang hendak dikongsikan denganku. Jika sebelum ini aku bercerita tentang pertunangan yang hebat disini dan disini, kali ini aku nak kongsikan cerita pertunangan yang dilangsungkan ala kadar @ sederhana.

Sham baru berusia 25 tahun dan telah bertunang dengan gadis pilihannya pada bulan Disember 2011. Kisah pertunangannya tidak ramai yang mengetahuinya. Aku tahu sebelum majlis kerana dia sendiri yang memaklumkan. Katanya majlis hanya kecil-kecilan sahaja. Aku cakap baguslah, pertunangan tidak perlu dihebahkan. Majlis hanya dihadiri keluarga sebelah lelaki dan sebelah perempuan sahaja, tiada saudara mara yang perlu diundang. Sebelum majlis pertunangan, ibu Sham bermimpi cincin terbelah namun mimpi tersebut didiamkan sahaja kerana mungkin hanya mainan tidur. Bermula pada hari itu maka dengan rasminya Sham telah bertunang.

Menurut Sham, kali pertama bertentang dengan Maria hatinya terdetik untuk mempunyai hubungan serius dan bukan main-main seperti mana gadis-gadis yang lain. Usia Maria ketika itu baru 18 tahun dan hanya menetap bersama ibunya. Sebenarnya keluarga Maria bukanlah orang yang bahagia akan tetapi kategori porak peranda. Niat Sham hanya untuk membantu. Diringkaskan cerita, pada suatu hari keluarga Maria terpaksa keluar dari rumah yang didiami. Sham turut bantu mencari rumah sewa. Rupanya dalam pencarian tersebut, mereka telah ditipu oleh penyewa rumah yang kononnya menyediakan rumah sewa. Begitu sukar mencari rumah sewa, akhirnya keluarga ini terpaksa menetap di hotel murah dan berpindah dari setiap hotel. Apabila terjumpa dengan sebuah rumah, Maria pula tidak mempunyai wang untuk membayar deposit rumah. Sham mula bingung dengan keadaan tersebut. Dia berfikir, perlukah menghulurkan wang kerana dia sendiri pun kerap keputusan makan.

Akibat daripada perkara tersebut, Sham mula marahkan Maria dan ibu Maria menjadi batu api dalam pertengkaran tersebut. Dalam diam-diam rupanya Maria mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang banyak membantu kewangan Maria. Kesan daripada itu, Sham membuat keputusan nekad untuk memutuskan pertunangan dan Maria terpaksa mengundur diri. Ibu Maria rupanya bergembira dengan pemutusan tersebut. Mungkin dia ada pilihan yang terbaik untuk anaknya.

Sham juga bersyukur dengan pemutusan tersebut kerana dia juga tidak menanggung malu, pemutusan tersebut tidak diketahui ramai hanya beberapa orang sahaja berbanding jika membuat majlis pertunangan besar-besaran. Rupanya mimpi ibunya bermaksud cincin pertunangan yang disarungkan tidak berkekal lama apabila bulan Mei 2012 cincin itu dikembalikan kepada Sham semula. Dia turut membayangkan apa akan terjadi sekiranya majlis pertunangan dibuat besar-besaran namun jodoh tidak sehingga ke jinjang pelamin. Betapa besarnya malu yang perlu ditanggung. Baginya, pertunangan bukanlah syarat untu seseorang untuk meneruskan hubungan sehingga pernikahan.