Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

18/09/2012

Aku Punya Sukalah



Rasanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memperkenalkan dan menambah silibus dalam kelas memandu. Ini adalah pendapat aku sendiri lah. Aku melihat kebanyakan orang sekarang hanya mementingkan diri sendiri dalam meletakkan kenderaan. Tidak memikirkan orang lain langsung. Ada juga yang sukahati meletakkan kenderaan di tempat sebarangan.

Gambar ini aku ambil ketika akhir bulan Ramadhan 1433H iaitu sekitar pertengahan Ogos 2012. Kereta Persona ini diletakkan dalam kawasan garisan kuning berkembar yang maksudnya DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN. Mungkin pada fikiran empunya kereta, garisan yang tidak putus ini bermaksud boleh meletakkan kenderaan sebab tiada garisan putus. Mungkin itu yang di ajar oleh guru kelas memandunya. Jika kereta ini diletakkan dengan ada pemandu atau penumpang lain, kita faham kereta itu diletakkan seketika sahaja tetapi kereta ini dibiarkan sebegitu sahaja tanpa ada sesiapa di dalamnya. Kereta ini diletakkan di hadapan Pasaraya Fresco.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons