Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

10/09/2012

Bagi Anak vs Buang Anak




Keratan akhbar ini jelas menunjukkan seorang anak yang berusaha mencari keluarga asalnya setelah diberikan kepada kepada keluarga lain ketika kecil. Pada zaman dahulu, memang ramai masyarakat Cina yang memberikan anak-anak mereka kepada keluarga Melayu bagi dijadikan anak angkat dengan alasan mereka tidak mampu menyara anak tersebut. Setelah diserahkan, maka anak tersebut akan dididik dengan ajaran Islam yang sempurna dan diberikan nama Islam. Namun demikian, anak angkat tetap tidak sama anak kandung. Segala batas pergaulan, faraid, wali perlu dijaga. Walaupun mempunyai anak ramai tetapi tidak mampu menyara, anak tersebut tidak dibuang sebaliknya DIBERIKAN kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Betapa kasihnya seorang ibu yang menyayangi anaknya. Kebiasaannya anak tersebut akan hilang perhubungan yang lama kesan daripada perpindahan antara kedua-dua keluarga tersebut. Ini kisah orang yang telah berkahwin.



Berbeza pula masa kini, anak-anak dibuang merata-rata. Ada yang dibuang di tong sampah, mangkuk tandas, tangga masjid dan sebagainya. Kes sebegini biasanya melibatkan pasangan yang tidak berkahwin tetapi mahu mengandung tidak mahu anak. Pelik bunyinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons