Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04/10/2012

Puasa Ke?


Bulan Ramadhan 1433 Hijrah telah berlalu lebih kurang 2 bulan namun tahukah kita kejadian-kejadian orang yang tidak berpuasa di khalayak ramai pada bulan tersebut? Apa yang aku ingin ceritakan kali ini bukan tentang kelebihan bulan Ramadhan tersebut tetapi kisah-kisah orang yang kantoi di siang hari Ramadhan. 

Dalam akhbar tahun ini kurang berita mengenai tangkapan orang yang tidak berpuasa mungkin disebabkan cuaca yang terlampau panas menyebabkan wartawan kurang berminat mengikuti operasi dan mencari berita tentang itu. Ini andaian aku sahaja. Hihih. Jika kanak-kanak yang ditangkap tidak berpuasa mungkin boleh diterima seandainya mereka itu belum cukup syarat ataupun puasa yangyok. Orang yang kena tangkap termasuk dalam kategori warga emas, rumah dah nak tendang dan kubur dah memanggil pun masih tidak ingat lagi. Kebanyakan yang ditangkap pula sedang makan, minum dan menghisap rokok di kedai kopi bukan Islam @ pemiliknya Cina. 

Kita sendiri dengan akal fikiran yang waras dapat berfikir macamana keadaan kedai makan tersebut. Status makanan dan minumannya serta peralatan yang digunakan. Terdapatkah sijil halal yang digantung dalam kedai tersebut? Peralatan yang digunakan tidak bercampurkah dengan barang yang haram? Namun mereka yang ditangkap begitu selera untuk menjamu kahak orang yang berpuasa dalam kedai tersebut. Biasanya mereka akan memilih bahagian belakang sebagai port untuk makan namun taktik sebegini telah biasa bagi Penguatkuasa. Mereka tanpa segan silu dan tiada perasaan malu langsung apatah lagi pelanggan lain sudah tentulah bukan Islam. Orang bukan Islam pun tau bulan itu kena berpuasa sampai ada yang turut menghormatinya.

Masuk sahaja bulan Ramadhan, macam-macam alasan yang timbul untuk tidak berpuasa. Ada yang mengatakan doktor menasihatkan untuk tidak berpuasa. Apabila disemak dalam catatan doktor, cuma ada menyatakan penyakit sahaja dan tidak dinyatakan tidak boleh berpuasa. Terdapat juga pemilik kedai beragama Islam yang membuka kedai makan dan turut sama tidak berpuasa. Mungkin pada anggapan mereka berpuasa ini boleh menyebabkan mereka mati kebuluran. Sedangkan berpuasa adalah untuk merehatkan sistem dalam badan daripada terus beroperasi sepanjang masa. Bukanlah mengambil masa yang panjang pun berpuasa. Hanya dari sebelum Syuruk hingga Maghrib sahaja. 

Sebenarnya undang-undang yang digubal ini bukannya untuk menzalimi orang yang tidak mampu untuk berpuasa tetapi bagi menjaga kemuliaan agama Islam sendiri. Jika benar tidak larat untuk berpuasa, makanlah didalam rumah. Kalau malu, masuk dalam bilik makanlah banyak-banyak. Penguatkuasa pun hanya menangkap orang yang tidak menghormati Ramadhan dengan makan, minum atau menghisap rokok di khalayak ramai dan kawan terbuka sahaja. Tidak lupa juga peniaga turut dikenakan tindakan. Bukan untuk menutup rezeki peniaga tetapi peniaga telah bersubahat. Jika ingin berniaga, pastikan tiada pelanggan yang makan disitu. Juallah makanan bungkus untuk dimakan tempat lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons