Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04/10/2012

Kenangan Bukit Kepong, Muar.



Tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong hingga mengorbankan 23 nyawa anggota Polis dan keluarga mereka sudah berlalu lebih 60 tahun. Balai bangunan papan itu juga sudah tiada lagi apabila ia musnah terbakar dalam kejadian itu.

 Ia sudah digantikan dengan dua bangunan konkrit dua tingkat yang dibina setahun selepas peristiwa itu. Sebuah daripadanya dijadikan berek untuk anggota yang sudah berkeluarga, terdiri daripada enam pintu di tingkat dan enam pintu di tingkat atas. Manakala bangunan sebuah lagi, tingkat bawah dijadikan pejabat dan tingkat atas dijadikan asrama untuk anggota bujang.
Hari ini bangunan ini masih teguh berdiri tetapi apabila tarafnya diturunkan kepada Pondok Polis, kesemua berek dan asrama di situ dikosongkan. Bagi mengabadikan sejarah hitam itu, ia kini dijadikan tapak sejarah. Salah sebuah bilik di tingkat bawah yang pernah dijadikan berek dijadikan bilik pameran yang mempamerkan kisah serangan, foto dan nama-nama mereka yang terkorban, serta berita-berita mengenainya yang tersiar dalam akhbar-akhbar pada waktu itu.

Maklumat-maklumat lain yang dipamerkan ialah sejarah Darurat tahun 1948 dan 1960, senjata-senjata yang digunakan oleh pasukan Polis pada waktu itu dan foto-foto pengganas komunis yang membunuh orang awam. sebuah bilik lagi dijadikan bilik tayangan yang menayangkan slaid peristiwa itu dan maklumat-maklumat yang berkaitan sementara sebuah lagi dijadikan bilik ceramah.

Di luar bangunan dipamerkan sebuah model bot yang dibakar oleh pengganas komunis dalam serangan itu. Model tersebut bukanlah mengikut saiz sebenar dan saiznya adalh agak kecil berbanding asal. Turut dipamerkan ialah dua kereta perisai yang digunakan oleh Polis pada waktu itu iaitu FERRED SCOUT CAR dan V1000.


Pelawat juga boleh melihat bekas tapak jeti yang digunakan oleh bot-bot Polis pada waktu itu. Jeti tersebut sudah tiada kerana telah dibom oleh komunis manakala jeti awam masih kukuh hingga kini. Sebanyak 17 pusara mereka yang terkorban ditempatkan di satu bahagian di kawasan Tanah Perkuburan Orang Islam Bukit Kepong. Pada tembok yang mengelilingi pusara-pusara itu terpahat nama-nama mereka yang gugur kerana mempertahankan tanahair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons