Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

13/08/2011

kuit tiram @ selayang @ lidah buaya

 Pernah dengar nama-nama di atas? Hm, macam-macam nama yang diberikan tapi bendanya tetap satu. Saya pun pelik kenapa terlalu banyak sangat nama yang diberikan oleh masyarakat. Kuih ini dihasilkan secara persendirian di sebuah kampung Parit Amat Darat, Muar. Bungkusan di atas ini, beratnya lebih 100gm. Lebih kurang 100-115gm. Harganya ditawarkan sebanyak RM1.00 sahaja. Murah bukan, mengikut pengusaha makanan ini yang telah berkecimpung lebih 10 tahun, harga makanan ini tidak pernah naik sejak mula dipasarkan. Walaupun harga barang mentah naik tapi harga kuih ini tetap sama dengan kuantiti yang sama. Makanan ini boleh ditempah melalui panggilan telefon 06-9812782 dan bercakap dengan Fitrah dan keluarga. Pengusaha turut menerima tempahan untuk majlis keraian dan majlis perkahwinan. Bagi yang ingin menempah untuk jualan runcit juga diterima. Harga untuk jualan runcit boleh dirunding, manakala untuk majlis-majlis yang melibatkan jumlah bungkusan yang banyak boleh berunding dengan pengusahanya iaitu Pn Hajah Bantiah / Tn Haji Masiran. Segala kemusykilan boleh juga ditanyakan di sini.

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons