Subscribe:

Ads 468x60px

19/09/2011

Babak Zizan Hina Rasulullah




SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.
Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya.

Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

source: milosuam.blogspot.com

ZIZAN MOHON MAAF

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons