Subscribe:

Ads 468x60px

24/09/2011

Biarkan je dia jatuh









Akhbar di China melaporkan ada seorang lelaki tua yang jatuh di tengah jalan yang sibuk. Dia tidak boleh bangun selama 15 minit. Namun tidak ada seorang pun yang menolongnya, malah orang ramai hanya sibuk melihat sahaja.

Apa alasan mereka tidak mahu menolong Orang tua tersebut?
Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang duduk di lantai bus untuk berdiri, dan akhirnya lelaki itu dituduh keluarga nenek tadi sebagai penyebab nenek tersebut tercedera .Lelaki tesebut disaman 130.000 Yuan untuk membiayai kos perubatan. Namun setelah hasil siasatan dan rayuan,lelaki tersebut hanya dikenakan bayaran 40.000 yuan sahaja.

Satu lagi kejadian lain yang menimpa seorang mahasiswa di Universiti Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa tersebut dituduh sebagai penyebab wanita tua tersebut tercedera dan di dijatuhi hukuman denda 80.000 yuan.

Beginilah di zaman materialistik, sikap kemanusian diketepikan.Dalam kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis/ambulan. Tidak semua orang yang kemalangan itu adalah berpura-pura atau bermaksud jahat, cuba bayangkan jika yang terkapar ditengah jalan itu anggota keluarga kita?


Sumber : machocats

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons