Subscribe:

Ads 468x60px

03/10/2011

Warisan Melayu


Biasanya masa kursus motivasi ataupun ceramah motivasi di sekolah-sekolah mesti ada lagu ni bagi menaikkan semangat anak Melayu dan memperingati apa yang sepatutnya dilakukan dalam menjaga maruah dan martabat serta mempertahankan tanahair daripada leka dijajah.

Lagu ni masa kursus je ingat dan sedih tapi bila dah lama sikit tinggalkan kursus terus lupa. Di sini saya kongsikan lirik dan mp3 lagu tersebut untuk dijadikan koleksi. Kalau rajin boleh print lirik dan tampal di mana-mana saja.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)
Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara



0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons