Subscribe:

Ads 468x60px

09/12/2011

Sejarah Negeri Johor


Johor merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan semenanjung Malaysia. Johor merupakan negeri yang berjiran dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri ini dikelilingi Selat Tebrau, Laut China Selatan dan Selat Melaka.





Memandangkan negeri ini yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, negeri ini pernah mendapat jolokan "Ujung Tanah" suatu masa dulu.yang bermaksud kawasan yang terletak di hujung tanah. Dalam karangan dahulukala ada yang menyebut Johor sebagai "Ta-na" atau "Jantan" atau "Jantana" dan ada juga menyebut sebagai "Santana". Ada juga yang mengaitkan perkataan "Johor" berasal dari perkataan Hindi (Jor) yang bermaksud sesuatu yang menyambungkan.

R.O. Winstedt (bekas pentadbit dan sejarawan British) pernah menggunakan nama WURAWARI  dari perkataan Jawa yang bermaksud air jernih. Perkataan air jernih juga ada dikaitkan dengan perkataan Jawa yang lain iaitu GANGGAYU. Nama lain yang ada kaitan iaitu GALUH yang bermakna permata sama maksudnya dengan perkataan Arab JAUHAR atau JOHOR.

Johor pernah disebut sebagai LANGYU yang bermaksud layang-layang atau ikan jerung. Pada suatu masa dahulu, dikisahkan bahawa di persimpangan Sungai Langyu dengan Sungai Johor terdapat sebuah penempatan untuk Sultan Lingga. Nama LANGYU dikatakan diambil dari perkataan GANGGAYU iatu nama JOHOR sebelum tahun 1450. Dalam Sejarah Melayu nama GANGGAYU dikaitkan dengan JOHOR dan diertikan sebagai tempat menyimpan permata. Ini selaras dengan perkataan Arab JAUHAR (permata) yang dikaitkan dengan nama asal JOHOR.

Hikayat Raja-raja Pasai menyebut tentang beberapa buah pulau dipantai timur Johor menjadi taklukan Majapahit dan diantara pulau-pulau itu ialah Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan lain-lain lagi. Antara tahun 1362-1365, ketika Singapura diperimtah Raja Seri Rana Wira Kerma, ada tempat bernama Sayung yang terletak di tepi Sungai Johor. Sejarah Melayu ada menyebut hulubalang Raja Singapura bernama Badang berasal dari Sayung. Kononnya sebelum menjadi hulubalang, Badang bekerja sebagai penebas di SELUANG (hulu Kota Tinggi). Sayung terletak di hulu Sungai Johor dan dipercayai adalah SAYUNG PINANG yang masih terdapat di Johor sekarang. Sayung Pinang pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Johor dalam kurun ke-16.

Sejarah Melayu juga menyebutkan bahawa kawasan MUAR mempunyai hubungan dengan kedatangan PARAMESWARA. Dikatakan bahawa dalam kurun ke-14 ketika Jawa-Majapahit mengalahkan Singapura, Parameswara telah meninggalkan Singapura dan mengembara sehingga ke Muar. Ketika berada di Muar, Parameswara telah membuka kawasan bernama BIAWAK BUSUK dan KOTA BURUK sebelum membuka Melaka.

Sejarah Melayu turut menyebut tentang serangan orang-orang Siam terhadap Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458) sehingga wujudnya BATU PAHAT di Johor. Ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah diriwayatkan betapa ramainya penduduk dari Kuala Muar hingga Air Leleh digambarkan dengan pasar yang tiada berkeputusan atau pasar yang panjang dan tidak terputus. Sebelum tahun 1500, dikatakan Johor berada di bawah kuasa Siam dan disusuli oleh kerajaan Majapahit. Seterusnya pada kurun ke-15, beberapa tempat di Johor di bawah pengaruh sultan-sultan Melayu yang berkerajaan di Melaka.

Pada ketika itu menunjukkan bahawa tempat-tempat seperti Sayung, Seluang, Muar, Batu Pahat, Kuala Muar, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Laut telah mempunyai penduduk. Sejarah Johor menjadi begitu nyata setelah Sultan Mahmud Shah berpindah dari Melaka ke Johor apabila Melaka ditawan PORTUGIS (1511).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons