Subscribe:

Ads 468x60px

07/12/2011

Muharram - Bulan Pertama Islam



PENGERTIAN
Muharram bermaksud yang diharamkan atau yang dipantangkan. Dinamakan muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlanjutan sehingga tibanya permulaan Islam.



SEJARAH
Sebelum Nabi Muhammad S.A.W lahir, umat Islam masih belum mempunyai kalendar tahunan sendiri. Ini dapat dilihat ketika kelahiran Rasulullah, tahun tersebut dipanggil Tahun Gajah.Ini adalah kerana tentera Abrahah dari Ethiopia datang menunggang gajah menyerang kota Mekah dengan tujuan meruntuhkan Kaabah.Bersempena dengan itu, tahun tersebut dipanggil Tahun Gajah. Pengiraan tahun bermula ketika baginda menjadi Rasul, iaitu disebut tahun ke 5 kerasulan.

Dalam menentukan pengiraan dan nama tahun yang pasti di dalam Islam, Khalifah Umar Al-Khattab berpendapat bahawa peristriwa hijarah Rasulullah adalah merupakan peristiwa penting untuk dijadikan pengiraan tahun dalam Islam. Cadangan beliau telah diterima oleh para sahabat, maka dari situlah bermulanya satu muharram dikira sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.

PERISTIWA-PERISTIWA 10 MUHARRAM
  1. Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.
  2. Nabi Idris A.S diangkat ke Syurga
  3. Nabi Nuh A.S diselamatkan dalam pelayarannya.
  4. Nabi Ibrahim A.S diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
  5. Nabi Yunus A.S dikeluarkan dari perut ikan nun.
  6. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud A.S.
  7. Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara.
  8. Nabi Ya'kub A.S dapat melihat kembali.
  9. Nabi Ayub A.S sembuh dari penyakit kulit.
  10. Laut Merah terbelah dua.

AMALAN YANG DISUNATKAN BULAN MUHARRAM
Puasa Sunat Muharram
Bersedekah
Mandi Sunat
Melihat Orang Sakit
Menyatuni Anak Yatim
Mengerjakan Solat Sunat Muharram
Membaca Doa Awal Muharram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons