Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09/01/2012

Isteri dan Peranannya

 Diantara tanggungjawab isteri ialah:
1- Patuh kepada perintah suami sama ada dalam keadaan susah atau
senang kecuali dalam perkara yang di tegah oleh ugama.
2- Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja
3- Sentiasa menjaga diri dan rumah tangga

4- Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan keluarga
5- Memahami perkara-perkara  yang digemari dan yang dibenci oleh suami
6- Segala perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suaminya
7- Sentiasa mendoakan keselamatan suami dalam setiap waktu terutama
selepas solat.
8- Sentiasa menambah ilmu agama dan meningkatkan amal ibadah

4 tanda isteri/ perempuan yang berkat:
1- Perempuan yang baik maruah dan akhlaknya
2- Perempuan yang cepat berkahwin
3- Perempuan yang murah mas kahwinnya
4- Perempuan yang banyak anak

7 tanda perempuan yang baik maruahnya:
1- Baik perangainya terhadap, anak-anak,ibu bapa, rakan-rakan, jiran
tetangganya dan masyarakat.
@ Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakanya.
@ Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik ( tidak suka
memaki-maki dan bahasa kesat)
@ Dengan ibu bapanya bersopan santun dan beradab
@ Dengan rakan taulan, jiran dan masyarakat tidak suka bertengkar dan
mengata-ngata serta memfitnah.
2-  Tidak jahat mulut iaitu tidak gemar mengadu hal-hal keburukan
suaminya kepada ibu bapa, rakan-rakan serta jiran-jirannya
3- Banyak bersabar dalam menempuh ujian ALLAH dan daalam mengerjakan
4- Tidak berhias ketika keluar keluar rumah kerana kecantikan isteri
hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.
5- Tidak memaksa  suami untuk memenuhi keinginannya.
6- Memadai (redha) dengan segala pemberian suami, sama ada yang di
gemari atau tidak.
7- Tidak gemar bercakap banyak, cakap sekadar yang perlu dan berfaedah sahaja.

10 sebab isteri menjadi derhaka kepada suami:
1- Bila di panggil suami tidak datang
2- Membantah suruhan suami
3- Bermasam muka terhadap suami
4- Jahat lidah/ mulut terhadap suami
5- Keluar rumah tanpa izin suami
6- Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuan suaminya
7- Berhias ketika suami tiada di sampingnya
8- Menghina pengorbanan suamunya
9- Membenarkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah.
Jangan benarkan masuk kerumahnya melainkan yang diizin oleh suami.
10- Tidak mahu menerima tunjuk ajar dari suaminya

Amalan isteri untuk mendaapat keredhaan suami.
1- Mengekalkan sifat malu terhadap suaminya
2- Menundukkan pandangannya di hadapan suami
3- Bangun menghormati suami ketika dia pulang
4- Diam ketika suami berbicara
5- Sentisa mengenangkan jasa suaminya walau pun kecil
6- Menghormati keluarga suami
7- Sentiasa dalam kebersihan di samping suamu.
ALLAH berfirman yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cebderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-NYA di antara kamu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

(Ar-Rum: ayat 21)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons