Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09/01/2012

Suami dan Peranannya

 
 
Setiap suami isteri mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing dan juga terhadap anak-anak mereka.
 
Di antara tanggungjawab suami ialah:
1- Menjadi pemimpin anak isteri di di dalam rumah tangga.
2- Mengajarlan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri iaitu tauhid dan tasauf.
* Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya selari dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
* Ilmu fiqah diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak ugama.
* Ilmu tasauf diajarkan supaya dia ikhlas dalam beramal dan dapat segala amalannya dari segala kerosakan lantaran rasa ujub, riak, takabbur dan sebagainya.
3- Memberi nafkah iaitu, makan. minum,pakaian. tempat tinggal dan sebagainya dari sumber yang halal.
4- Tidak menzalimi anak isteri dengan:
* Memberikan didikan agama yang sempurna.
* Menanam dan memupuk sifat kasih sayang kepada ALLAH, Rasul, ahlibait, para sahabat dan orang-orang solleh.
* Memberi nakah zahir dan bathin secukupnya
* Memberi nasihat serta menegur jika melakukan kesalahan atau maksiat.
* Jangan keterlaluan apabila memukul anak untuk mendidik.
 
Di antara kelemahan seseorang lelaki ialah:
* Memilih dan mengenali calon wanita untuk dijadikan isteri.
* Mendidik.
* Bersikap sabar
* Dalam menggunakan kebijaksanaan.
* Dalam menguasai diri.
*Dalam memahami tuntutan ugama.
 
Di antara fitnah yang digunakan dalam melakukan fitnah terhadap lelaki ialah:
* Airmata
* Mengambil hati
* Mendedah aurat
* Senyuman
* Tipu daya
* Tutur kata
* Gertakan
 
Menjaga Rahsia Rumahtangga
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu."Riwayat Ahmad
 
Huraian

1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.
2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons