Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

14/01/2012

Kahwin Touch n Go


Ini bukan promosi kad Touch n Go tapi ini kisah benar perkahwinan touch n go. 12/1/2012 seorang guru wanita mengajar di sekolah menengah telah dijatuhkan hukuman denda RM 200 @ 10 hari penjara di atas kesalahan penalti nikah tanpa kebenaran. Raihan (bukan nama sebenar) telah bernikah dengan Kamal (bukan nama sebenar) di selatan Thailand pada tahun 2010.



Raihan mengikut kehendak Kamal untuk bernikah di Thailand atas perasaan sayang dan cinta. Keluarga Raihan mengetahui pernikahan tersebut dan merestuinya. Raihan juga tahu bahawa dirinya bermadu. Kamal mempunyai seorang isteri tetapi Raihan tidak mengetahui nama dan di mana madunya tinggal. Kamal tidak pernah bercerita tentang isteri pertamanya dan berapa anaknya. Setelah selamat diijabkabul, pasangan pun pulang ke tanahair dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Tidak lama kemudian Raihan mengandungkan benih Kamal. Memandangkan Raihan mempunyai pendapatan yang besar, Kamal meminta Raihan menolongnya dalam perniagaan.

Dengan gajinya sebanyak RM3500 sebulan, Raihan membuat pinjaman peribadi maksimum dalam usaha memenuhi hasrat suaminya untuk membesarkan perniagaan. Setelah mendapat duit pinjaman tersebut, Raihan menyerahkan kepada Kamal. Setiap bulan, gaji Raihan dipotong sebanyak RM1200 untuk membiayai pinjaman tersebut. Kamal melihatkan duit yang banyak, telah berjanji dengan Raihan untuk berusaha meningkat perniagaannya dan memberikan Raihan duit bulanan.

Namun hanya janji tinggal janji.Sebaik Kamal mendapat wang tersebut, dia terus melarikan diri tanpa khabar berita. Berulang kali Raihan cuba menghubungi Kamal, namun gagal. Pelbagai usaha digunakan, namun Kamal tetap tidak ditemui sehinggalah Raihan melahirkan anak Kamal. Raihan putus harapan untuk mencari Kamal, sudahlah pernikahan mereka belum disahkan di Malaysia, Kamal pula menghilangkan diri, nak menjaga anak lagi.

Atas nasihat rakan-rakan, Raihan pergi ke pejabat Peguam Syarie bagi mendapatkan khidmat untuk mendaftarkan perkahwinan di Mahkamah Syariah. Setelah disahkan pernikahan, Raihan dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk pertuduhan nikah luar tanpa kebenaran. Dalam rayuannya, Raihan memohon untuk diringankan hukuman. Menurutnya, walaupun gajinya besar tapi kini hanya tinggal RM 400 sahaja. Ini adalah gara-gara untuk membayar pinjaman peribadinya yang terlalu banyak. Raihan kini dalam proses memohon cerai @ fasakh untuk perkahwinannya. Dia tidak sanggup terus hidup sebegitu, menanggung malu dan hutang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons