Subscribe:

Ads 468x60px

12/01/2012

Blogwalking je


Hari ni cuma berjalan-jalan je kerja aku, tak tau nak taip apa. Bukan takde idea tapi takde mood. So aku masuk lah page MHAH...Macam biasa tengok latest post dari Mr Hac. Rajin plak baca dari 1st entry Mr Hac tentang domain. Bila dah baca, laju je tikus ni gerak. Mr Hac beli domain dari JiwaKacau. Masa tu ada promosi, Blur offer harga murah. Ingatkan ada lagi tapi takde plak promosi masa ni.

Masa blog JiwaKacau ada cerita pasal software blogwalking. Baru cadang nak cuba software tersebut. Tapi tak berjaya menggunakannya. Mungkin aku yang tak abis explore agaknya. Buka semula MHAH, Mr Hac ada sebut pasal Pendekar Berkuda. Peh, macam-macam lagi cerita. Daripada cerita blogwalking, SEO, alexa, semua aku baca sampai pening-pening nak fahamkan.

Terlalu banyak tips dan trick yang nak kena fahamkan. Jumpa cerita pasal Nuffnang, buka lagi tab baru. Penuh tab aku, terpaksa buat queue untuk baca. Dari lepas maghrib sampai ke pukul 12.30 malam pun belum abis. Sampai berpinar dah mata mengadap skrin ni berjam-jam. Lastly aku buka cerita pasal backlinks lak. Jumpa dalam Denaihati tentang 100Malaysia Senarai Blog Page Rank 2 – 7.  Dalam tu ada banyak page, nak buka semua belum larat sebab banyak sangat. Aku baru buka page Azuan, dah stop. Sebab dalam tu banyak gak info yang aku perlukan. Esok akan aku buka lagi page lain untuk curi ilmu. Mata pun dah letih ni. Selamat Malam....zzzzzzzzzzzzzzzzz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons