Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

08/01/2012

Pengislaman Dr. Ali Selman Benoist






Ali Selman Benoist merupakan seorang doktor perubatan yang berasal dari Perancis. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Perancis beragama Katholik. Beliau mempercayai adanya Tuhan. Walaubagaimanapun, upacara-upacara keagamaan Kristian dan Katholik, belum dapat menanam dan membangkitkan rasa adanya Allah di dalam jiwa beliau. Disebabkan itu, perasaan terhadap keesaan Allah masih terhalang antara beliau dan keimanan terhadap akidah Trinity dan akidah bertuhankan Isa Al-Masih.

Sebelum mengenal Islam, beliau mengimani bahagian pertama daripada kedua kalimah syahadat iaitu :" Tiada Tuhan selain Allah". Dan ayat-ayat Al-Quran berikut ini dalam surah Al-Ikhlas bermaksud :"Katakanlah Allah itu Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."

Beliau berpendapat mengimani alam ghaib dan yang di sebalik alam nyata ini adalah faktor yang membuat beliau memeluk Islam. Terdapat juga faktor lain yang membuat beliau memeluk Islam iaitu : Beliau tidak setuju pengakuan para pendeta Katholik bahawa pengampunan dosa manusia itu adalah kuasa mereka sebagai pengganti Allah. Antara lain lagi, beliau secara mutlak tidak membenarkan lagi upacara keagamaan Katholik iaitu upacara santapan Kudus dimana roti dianggap sebagai tubuh Yesus. Upacara ini menyerupai kepercayaan bangsa di zaman primitif kerana mereka kebiasaanya memancangkan binatang yang dianggap suci lalu diharamkan untuk didekati. Setelah binatang itu mati, maka tubuh binatang itu akan mereka telan dengan keyakinan bahawa roh binatang yang dianggap suci itu akan mengalir ke dalam tubuh mereka sehingga mereka pun menjadi suci.

Disebabkan punca-punca tersebut menjadikan jurang beliau dengan agama Kristian semakin jauh. Ajaran-ajaran yang beliau pelajari juga tidak ada yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian badan terutamanya sebelum melakukan ibadah. Beliau berpendapat bahawa cara demikian merupakan suatu pelanggaran kehormatan Tuhan kerana sebagaimana halnya telah diciptakan untuk kita roh, diciptakan kita jasad. Maka demikian kita berkewajipan tidak melalaikan tubuh-tubuh badan kita. Pendapat lain pula, bahawa agama Masehi terbungkus dalam masalah yang berkaitan dengan sempadan psikologi manusia, sedangkan yang kita ketahui bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang memelihara naluri umat manusia.

Dorongan utama beliau memeluk Islam ialah Al-Quran. Sebelum memeluk Islam, beliau telah mempelajari Al-Quran dengan cara intelektual Barat positif. Beliau terhutang budi dengan buku yang bermutu sekali hasil pena Mr. Malek Bennabi berjudul Le Phenomene Coranique (Fenomena Al-Quran). Beliau merasa sungguh puas bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab wahyu yang diturunkan Allah dari sisi-Nya.

Sesungguhnya, di antara ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan Allah sejak 13 abad yang lalu membawakan teori-teori penemuan pengkajian ilmiah terbaru masa kini. Justeri itu ia cukup membuat beliau puas hati dan terus mengimani bahagian kedua dari kalimah syahadah itu yang bermaksud :"Muhammad itu Pesuruh Allah".

Setelah membuat pelbagai kajian dan akhirnya tarikh 20 Februari 1953 merupakan tarikh bersejarah serta bermakna baginya dimana beliau telah pergi ke masjid di Paris dan mengumumkan keimanan beliau terhadap Islam. Seterusnya memilih nama Ali Selman sebagai nama Islamnya.

Beliau merasa sungguh tenang bernaung di bawah panji-panji akidah Islam dan sekali lagi mengumumkan :"Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons