Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

30/01/2012

"You Jaga Bahasa Sikit yer..."



Aku baru balik Pejabat Pos beli sampul Ekspress. Semasa sedang beratur tiba-tiba dengar suara orang bising-bising nak beli setem. Saja je tengok apa yang berlaku. Rupanya uncle Tan ni nak beli setem guna untuk ditampalkan pada sampul surat terpakai. Pada sampul tersebut ada cop kesan setem. Petugas kaunter ini bagitau sampul tersebut tidak boleh digunakan kerana akan mendatangkan kekeliruan semasa pengasingan. Uncle ni tak puas hati tetap mahu menggunakan sampul tu juga. Dia maki petugas, "Cilakak punya olang, bagi wa setem baru sulahlah."
Petugas ni naik angin kena marah macam tu. Dia bahasakan balik pada uncle tu, "You orang tua, jaga sikit bahasa ye. I orang muda, ini macam ke you mau tunjuk. Kalau orang tua  tak tau hormat orang muda, macam mana orang muda mau hormat sama orang tua." Uncle balas lagi, "haiya, jangan marahlah." "Sape tak arah, kalau you bahasa tak mau jaga. Ini cara ke mau cakap sama orang. Lain kali jaga sikit bahasa. Nanti kalau orang lain yang kena, you mungkin sudah kena pukul." Jawab petugas.
Uncle tersebut terus berlalu setelah mendapatkan setemnya. Nasib baik petugas tu boleh cool lagi, kalau naik angin sangat mungkin jadi pertengkaran yang besar. Memang betul cakap petugas tersebut, kita nak bercakap dengan orang takde budi bahasa boleh mendatangkan kemarahan kepada orang lain. Seperti dialog dalam cerita Seniman Bujang Lapuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons