Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

11/02/2012

Duda Kejam ke Penjara


Ali dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM 2500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor atas kesalahan persetubuhan luar nikah. Dia dijatuhkan hukuman setelah mahkamah mendapati Ali bersalah dan sebagai pengajaran kepadanya. Menurut fakta, Ali telah melakukan persetubuhan dngan Izah. Ketika kejadian Ali merupakan seorang duda mempunyai 4 anak dan telah bertunang dengan Izah.

Akibat kegersangan yang tidak tertahan, Ali menggoda Izah dan akhirnya apabila syaitan berjaya menghasut maka nafsu serakah tertunai dengan tembakan benih yang  haram ditempatnya. Kesannya Izah telah hamil 4 bulan. Izah memberitahu Ali kandungan tersebut dan meminta disegerakan pernikahan. Akan tetapi Ali mencari jalan yang terkutuk lain bagi menutup malu. Ali memaksa Izah untuk menggugurkan kandungan tetapi ditentang Izah.

Ali merancang satu rancangan yang tidak diketahui Izah. Pada satu hari, Ali mengajak Izah keluar. Ali mengatakan untuk pergi ke Pejabat Agama bagi membuat proses permohonan nikah. Izah yang mendengar rancangan Ali tersebut tidak mengesyaki apa-apa lalu terus bersetuju. Ali telah membawa Izah ke Klinik Swasta , katanya untuk membuat pemeriksaan kandungannya. Rupanya Ali telah membuat pakatan dengan doktor untuk menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan Izah. Ketika membuat pemeriksaan, doktor memaklumkan kepada Izah bahawa didalam perutnya terdapat ketumbuhan berhampiran rahim. Doktor menasihatkan agar Izah menggugurkan kandungan bagi membuang ketumbuhan tersebut. Izah yang memikirkan tentang kesihatan dirinya terus bersetuju.

Setelah pulang dari klinik, Izah membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Doktor memberitahu bahawa tiada langsung pembuangan ketumbuhan dan tiada pertumbuhan yang pernah berada dalam perutnya. Betapa hancurnya hati Izah apabila mendengar penjelasan doktor. Izah terus membuang laporan Polis berkaitan penipuan yang dilakukan Ali dan mendakwa dirinya telah ditipu Ali. Siasatan Polis mendapati tiada unsur rogol dan Polis menyerahkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama untuk dituduh bawah kuasa Mahkamah Syariah.

Ali dan Izah telah dituduh di bawah kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah. Izah dijatuhkan hukuman denda RM 2700 manakala Ali denda RM 2500 dan penjara 3 bulan setelah hakim meneliti fakta yang dibaca pihak pendakwa dan mendapati perbuatan Ali begitu serius.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons