Subscribe:

Ads 468x60px

03/02/2012

Pengasas Sebenar Malayan Union

Kenal siapa lelaki di atas ni? Beliau adalah Tun Tan Cheng Lock. Ramai orang mengenalinya antara pengasas dan mantan Presiden MCA. Namun tidak ramai yang tahu bahawa beliaulah sebenarnya antara perancang utama yang bersubahat dengan British untuk menubuhan Malayan Union pada 1941. Tujuannya adalah untuk...MEMASTIKAN KAUM CINA MENDAPAT HAK SAMA RATA DENGAN PRIBUMI SERTA DIIKTIRAF SEBAGAI RAKYAT TANAH MELAYU. Tetapi beliau terpaksa memendam hasratnya pada masa itu kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Hajat beliau kembali terlaksana apabila Jepun menyerah kalah dan British bersetuju dengan saranannya itu.

Nota Tan Cheng Lock (1947)

Malaya Tribune 12.9.47

Protes Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Anti Malayan Union 28.12.46

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) 28.12.46

Apabila Che Det menulis berkenaan sejarah, Ti Lian Ker telah mengulasnya serta menempelak negarawan itu sebagai 'pengarah' (piloted and captained) kepada ketegangan kaum di Malaysia. Banyak lagi perkara yang telah disentuh oleh Ti Lian Ker dan kami hormati pendapatnya itu. Namun kami juga tidak boleh dihalang untuk mengingatkan orang Melayu berkenaan sejarah kaum bukan Melayu di negara ini. Ini kerana kami SANGAT MEMAHAMI akan sikap suka ambil mudah serta tidak kisah orang Melayu dan mereka harus selalu diperingatkan agar lebih berhati-hati dalam menempuh cabaran masa hadapan.

Orang Melayu perlu diperingatkan bahawa kaum lain yang tinggal bersama mereka hari ini adalah kaum survivor yang berpengalaman luas dalam perjuangan kelangsungan hidup selama beribu-ribu tahun di negara asal mereka.

Orang Melayu perlu diperingatkan bahawa kaum lain di Malaysia sudah terdedah dengan persaingan sesama mereka selama beribu-ribu tahun, sedangkan pribumi Tanah Melayu sentiasa hidup selesa dan aman sejak zaman paleolitik lagi.

Orang Melayu perlu diperingatkan agar lebih berhati-hati dengan kaum yang cuba merampas hak mereka melalui cadangan penubuhan Malayan Union.

Orang Melayu perlu diperingatkan akan kaum yang telah menaikkan bendera negara asal di rumah serta kedai milik mereka ketika menyambut hari kebesaran negara kelahiran mereka sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Orang Melayu perlu diperingatkan akan kaum yang belot di Melaka yang mempunyai kekuatan armada 170 ribu orang TETAPI tumpas kepada Portugis yang hanya memiliki ketumbukan tentera seramai 1400 orang sahaja.

Orang Melayu harus diperingatkan agar tidak lagi mengalah atau tunduk kepada tekanan daripada sesiapa sahaja terutama berkaitan percubaan menggangu gugat hak pribumi.

Dan kami amat berharap agar orang bukan Melayu menghormati hak pribumi serta JUS yang telah dikurniakan kepada mereka.

Ingatlah bahawa "kaum bukan Melayu dapat hidup aman dan damai HANYA JIKA kaum pribumi hidup dalam keadaan aman dan damai".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons