Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

05/03/2012

10 Tips Mengelak Mualaf Kembali Murtad (Part 1)



Sebenarnya masih banyak jalan penting bagi menyekat gejala murtadnya khususnya membabitkan mualaf. Hanya biasanya apabila berlaku kes murtad, pegawai agama adalah orang pertama yang sering dituding. Oleh itu, pegawai perlu memahami bahawa istilah mualaf itu ertinya 'jinak' atau 'manja'. Mualaf juga adalah Muhajirin (penghijrah) dan kita adalah Ansar (penolong). Muala sentiasa memerlukan kasih sayang, perhatian, bimbingan, dorongan dan pertolongan. Terdapat banyak tips menangani murtad antaranya : -

1- Pastikan pegawai saudara baru memiliki jiwa dakwah, ikhlas, berpengetahuan dan sentiasa bermanis muka. Pegawai perlu kreati dalam berfikir, merancang serta bertindak. Bermula pada majlis pengislaman, pegawai hendaklah menyediakan tempat yang selesa semasa mengajar syahadah disertai dengan khutbah ringkas. Saudara baru hendaklah dilayan selayaknya kerana dia tetamu Allah yang lebih mulia daripada diri kita sendiri pada saat itu. Tekankan ehwal kepentingan Rukun Iman dan Rukun Islam. Bimbing dengan doa termasuk surah Al-Fatihah yang dibaca berulang kali, semoga Allah mantapkan iman saudara baru berkenaan.

2- Sekiranya perlu, sejurus selepas diIslamkan aturkan waktu untuk mualaf menyertai program berkhatan dan pilih keluarga angkat untuknya (melalui bantuan NGO) bagi tujuan penjagaan rawatan. Peranan NGO sangat penting kerana pergerakan pegawai agak terhad tetapi praktikal bagi menyelaras pelaksanaan, pemantauan dan kebajikan baik kepada saudara baru mahupun keluarga angkat itu sendiri.

3- Pegawai yang mengIslamkan mualaf hendaklah turut mengajar mereka di kelas pengajian Fardhu Ain dan jangan bergantung kepada tenaga pengajar semata-mata. Kuasa pegawai sangat diperlukan bagi tujuan meningkatkan kehadiran mualaf ke kelas pengajian agama. Perkenalkan pembelajaran Al-Quran (bermula dari kaedah Iqra') kerana kitab suci ini menjadi dorongan kuat untuk mereka terus berada di dalam kelas pengajian. Pantau semua kelas yang dianjurkan di semua tempat sama ada kelas harian, hujung minggu dan pada waktu  malam.

4- Pastikan pegawai mengambil peluang kepada saksi-saksi yang bertanggungjawab membawa saudara baru mendaftar keIslaman di pejabat agama untuk turut direkodkan sebagai keluarga angkat. Dipohon kepada saksi-saksi agar membantu mengenalpasti tempat tinggal dan kerjaya saudara baru bagi memudahkan pemantauan. Sekiranya perlu, uruskan bantuan segera untuk memastikan kebajikan muala dapat ditunaikan tanpa kerenah birokrasi. Saksi juga dipelawa sama-sama masuk ke kelas fardhu ain untuk meraikan saudara baru, Malah jika didapati saksi memiliki latar pendidikan agama yang baik, dipelawa untuk menjadi guru pembimbing secara sukarela.

5- Pastikan pegawai yang mengIslamkan turun semua program kefahaman dan peningkatan Islam termasuk membuat kunjungan ziarah berjadual. Pegawai harus  memiliki sentuhan personal kepada individu mualaf dengan menjadikan mereka saudara seagama dan rakan akrab yang dipercayai. Luangkan masa untuk kerja-kerja sosial seperti menyertai majlis merisik meminang saudara baru dan seterusnya sehingga selesai majlis akad nikah. Libatkan NGO prihatin dan masyarakat Islam untuk sama-sama menganjurkan majlis keraian seperti majlis perkahwinan beramai-ramai, majlis penyerahan keluarga angkat, majlis akikah, majlis korban, majlis khatan dan hari keluarga. Elakkan membuat aktiviti di hotel-hotel mewah atau makan angin tanpa maksud yang syarie bagi menghindari fitnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons