Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

03/03/2012

Dimanakah Hilangnya Maruah?



Di dalam akhbar kita ada dipaparkan kes-kes tangkapan khalwat tapi sebenarnya dalam akhbar hanyalah sedikit daripada kes-kes tangkapan. Apa yang pasti, setiap hari ada banyak lagi kes khalwat yang ditangkap serata negara. Seandainya kes-kes ini dikumpulkan untuk setiap hari seluruh negara, percayalah bahawa penuh senaskah akhbar. Cuma apa yang baca hanyalah tangkapan yang diikuti oleh wartawan. Kes yang wartawan tidak turut serta berapa banyak lagi.

Kes yang melibatkan seorang janda melayu usia 43 tahun ditangkap dengan lelaki Bangladesh bujang umur 30 tahun. Janda ini hanya berkemban dan tidak memakai pakaian dalam langsung ketika ditangkap manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar. Ketika diarahkan memakai pakaian, janda ini tanpa malu cuba menyarungkan seluar dalamnya di hadapan pegawai penguatkuasa sebelum diarah masuk ke dalam bilik bertukar pakaian. Janda ini telah bercerai 5 tahun lepas dan mempunyai 5 orang anak. Kelima-lima anaknya dijaga oleh bekas suami. Janda ini ditangkap didalam rumahnya sendiri. Bayangkan betapa murahnya nilai maruahnya apabila sanggup mengajak lelaki datang ke rumah pada awal pagi jam 1.00. Ketika ditanya dengan tanpa rasa segan silu, janda ini mengaku telah terlanjur dengan lelaki tersebut. Seolah-olah dia bangga dapat main dengan lelaki asing tapi tidak memikirkan akibatnya. Dengan murah hati dia memberikan maruahnya kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pula mengaku bujang. Entah betul atau tidak lelaki itu masih bujang. Silap-silap di negaranya telah mempunyai isteri. Kebanyakan lelaki warga sana yang ditangkap khalwat mengaku masih bujang walaupun umur telah jejak 40 tahun. Jika difikirkan adalah tidak logik. Pasangan ini mengaku akan bernikah di Malaysia. Seperti mana yang kita biasa dengar, lelaki ini mesti akan bawa pasangannya pulang ke Bangladesh. Ini bukanlah kes pertama lelaki Bangladesh membawa pulang rakyat Malaysia ke negaranya dan melalui liku-liku kehidupan yang pahit. Mungkin apa yang di alami rakyat Malaysia yang tidak memberi kesan kepadanya dan mungkin dia tidak mempercayai kisah-kisah tersebut setelah termakan janji-janji manis Abang La. Pasangan ini dikenakan hukuman denda RM2000 kalau gagal bayar penjara 6 bulan. Setakat ini pasangan masih belum membayar denda. Duduklah dalam penjara dulu. hi hi hi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons