Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

08/05/2012

Mak Nyah Muda

Gambar Hiasan

Seorang Mak Nyah telah ditangkap di malam Jumaat. Mak nyah yang nampak van Jabatan Agama Johor cuba melarikan diri sejauh 10 meter namun berjaya ditahan oleh Pegawai Penguatkuasa. Mak nyah tersebut ketika ditahan tidaklah seksi sangat tapi cuba mencari pelanggan dan masih berpakaian seperti perempuan.

Ketika diperiksa Mykad, jelas namanya sebagai seorang lelaki. Katanya nama manja, Liza. Kalau ditengok dari gaya muka masa bersolek memang nampak ala-ala aweks. Tapi badan memang nampak lelaki sejati dengan dada leper. Aweks ini memakai coli juga tapi diisi dengan kapas. Nak gelak tergolek-golek juga aku tengok gaya mak nyah ni. Ketika disiasat, aweks ini baru berusia 17 tahun. Kiranya baru lepas SPM tapi, rupanya dia hanya belajar sampai darjah 5 sahaja. Tiada pendidikan agama walaupun di Johor telah mewajibkan pembelajaran Sekolah Agama Johor.

Awek menyatakan bahawa pelanggannya yang dicari bukan orang Melayu tetapi bangsa Cina dan India saja. Kadar bayaran yang dikenakan hanya RM30 sahaja untuk menghisap kemaluan lelaki tersebut. Ketika perbicaraan di hadapan hakim, Aweks mengaku telah hampir 3 tahun berkecimpung dalam dunia mak nyah dan tiada larangan dari keluarganya untuk berpakaian sedemikian.Nampaknya keluarga pun tidak ambil kisah langsung apa berlaku terhadap aweks ini.

Sebelum hakim menjatuhkan hukuman, Hakim meminta aweks ini mengucap dua kalimah syahadah. Tergagap-gagap aweks ini nak mengucap, pembantu hakim cuba mengajarnya namun masih belum boleh mengucap. Sedih sangat tengok aweks ini, nama saja Islam tapi mengucap pun tidak tahu langsung. Akhirnya dia membaca terjemahan sahaja. Hakim mengarahkan denda sebanyak RM 1000 kalau gagal penjara 2 bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons