sape tah.... |
Di Johor Bahru tinggal seorang anak gadis yang comel lote, merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Almaklumlah adik beradik 2 orang saja. Dia mempunyai seorang adik lelaki. Nama gadis Ani. Tinggal dalam rumah yang besar dan hanya ditemani komputer riba setiap hari. Ibunya merupakan seorang Pegawai Bank manakala bapanya seorang peniaga yang berjaya. Akan tetapi ibubapanya telah bercerai dan masing-masing telah bernikah dengan pasangan yang lain.
Ani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Dia tidak pernah memanggil bapa tirinya dengan gelaran ayah dan seumpama dengannya sebaliknya memanggil uncle. Ala-ala mat saleh gitu. Uncle merupakan seorang pengusaha restoran di JB dan mempunyai beberapa orang pekerja. Ani merupakan seorang graduan ijazah perniagaan dan tetapi masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia hanya duduk di rumah dan menjual barang kecil-kecilan sahaja. Ani mempunyai ramai teman lelaki. Dia tidak pernak tetap dengan seorang lelaki tetapi pelbagai lelaki menjadi pendampingnya. Tidak kira dimana dia berkenalan samada di ruangan sosial atau pun melalui majalah.
Dia juga kerap keluar dengan lelaki-lelaki tersebut tidak kira samada lelaki tersebut suami orang ataupun masih bujang. Apa yang penting dapat memenuhi kehendaknya dan citarasanya. Namun begitu, Ani masih mengekalkan keperawanannya. Setiap kali keluar, ada saja barang yang diminta tidak kira produk apa. Tetapi dia masih mempunyai sikap timbangrasa, bukan memilih barangan yang melampau tahap kewangan lelaki tersebut. Ani merupakan seorang yang sangat peramah dan banyak mulut. Ada saja perkara yang boleh dibualkan. Ani juga seorang yang mudah kecil hati.
Ani pada asalnya bukanlah seorang yang suka berkepit dengan lelaki tetapi semuanya kesan daripada kisah silamnya. Ibu bapa bercerai disebabkan faktor orang ketiga iaitu keluarga sebelah ibunya yang suka mengambil tahu kisah keluarganya dan kerap campurtangan. Nenek sebelah ibunya begitu tidak menggemari bapanya dan tidak setuju dengan pernikahan ibu bapanya akan tetapi setelah dipujuk akhirnya terpaksa menerima menantu tersebut. Setelah bernikah, bapanya pula bermain kayu tiga. Ketika itu dia berada di puncak kejayaan dalam hidup dan mempunyai syarikatnya sendiri. Ketika itu jugalah dia mempunyai kekasih gelap dan kerap jarang pulang ke rumah.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Si bapa tidak dapat menahan rahsianya dan akhirnya memberitahu isteri untuk bernikah lagi dan isteri bersetuju namun masalah timbul apabila calon isteri kedua menentang. Sebaliknya memberi kata dua untuk bapa. Samada untuk bercerai dengan isteri pertama atau tidak jadi bernikah. Bapa yang termenung dengan situasi tersebut membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya dan bernikah dengan isteri baru. Bapa sanggup meninggalkan isteri pertamanya yang sama-sama membantu dalam menuju kejayaan sebaliknya memilih isteri baru untuk mengharung hidup penuh pancaroba.
Peristiwa tersebut memberi impak yang buruk kepada Ani. Sepanjang pernikahan bapa dengan ibu tirinya, Ani kerap juga berjumpa dengan bapa namun di dalam hati menyimpan perasaan benci terhadap lelaki. Setiap lelaki yang berjaya digoda dan menjadi kekasih sementaranya akan ditinggalkan setelah dia mendapati lelaki tersebut mula jiwang karat dengannya. Ani kini berusia 30 tahun namun dia masih belum terbuka hati untuk menerima cinta yang tulus daripada mana-mana lelaki, dia akan terus mempermainkan lelaki mungkin sehingga ke akhir hayatnya.