Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

21/05/2012

Mak Nyah Tua


Mungkin rezeki aku hari ini. Ada seorang mak nyah yang pada pandangan aku dah tua juga. Umur dah 47 tahun. Dengan usia macam tu, mak nyah ini masih berpakaian seperti wanita. Memakai skirt labuh dan blouse ketika ditangkap. Dia bukan mencari pelanggan ketika ditahan tetapi cuma membuang sampah akan tetapi selepas membuang sampah, nasib tidak menyebelahinya apabila Penguatkuasa Agama yang lalu di situ telah ternampak dia lalu menahan.

Dia berjanji untuk berubah menjadi lelaki sejati. Janji tersebut sebenarnya termeterai ketika ibunya masih hidup dan meminta dia berubah sebelum ibu meninggal dunia. Dia mungkir janji dan tidak sempat berubah. Walaupun ibunya telah meninggal beberapa tahun yang lalu, dia masih belum berubah. Payudara yang ditimbulkan pun masih belum dibuang. Dia kini berniaga makanan secara kecil-kecilan bagi menyara hidup. Adik beradik yang lain telah memulaukan dia. Ketika diarahkan untuk syahadah dan beristigfar, dia dengan gagap tidak dapat menyebut dengan lancar.

Beliau dijatuhi hukuman RM1000 kalau gagal 2 bulan penjara dan diarahkan hadir ke Pejabat Agama setiap minggu selama setahun. Semoga hukuman yang dijatuhkan tersebut dapat memberi keinsafan kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons