PULAU PITCAIRN
Nama negara ini agak pelik dan mungkin tidak pernah kita dengar. Pulau Pitcairn atau Pitcairn Island merupakan negara yang paling sedikit penduduk di dunia dengan jumlah seramai 67 orang sahaja. Berdasarkan jumlah penduduknya, negara ini juga menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terkecil di dunia.
Sehingga bulan Julai 2011, negara ini masih di bawah jajahan British yang merangkumi empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik. Empat pulau itu adalah Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno. Hanya pulau Pitcarn sahaja yang berpenghuni manakala pulau-pulau lain tiada penghuni. Mengikut sejarah, penghuni asal Pulau Pitcairn adalah golongan "Bounty Mutineers" (Pemberontak Bounty) iaitu kelasi kapal perang British bernama 'Bounty' yang bangkit memberontak, menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak puas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam.
Sembilan pemberontak Bounty ini belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada 1970 diiringi 18 warga Tahiti (6 lelaki, 11 wanita dan 1 bayi) yang menjadi tahanan dalam pelayaran Bounty. Selepas berjaya mendarat di pulau itu, mereka bertindak membakar kapal Bounty. sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty dan kisah berkenaan diceritakan dalam beberapa filem seperti Munity of the Bounty.
Pada tahun1937, Pictairn Island dicatatkan mempunyai penduduk seramai 233 orang namun masih ramai yang berpindah keluar negara terutamanya ke New Zealand selain mati akibat penyalahgunaan alkohol, masalah sosial dan pembunuh.
Pada tahun 2009, dicatatkan negara ini mempunyai penduduk seramai 45 orang sahaja. Sistem politik di negara ini adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik di mana Datuk Bandar dilantik sebagai ketua kerajaan. Pusat pemerintahannya terletak di Auckland, New Zealand namun kuasa ketenteraan dan keselamatannya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan British.
Walaupun terkenal sebagai negara terkecil tetapi negara ini mengandugi sumber semulajadi yang banyak dan sangat produktif malah terkenal dalam aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nenas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Pulau ini juga terkenal dalam aktiviti perlancongan malah 80% daripada pendapatan tahunannya disumbangkan oleh sektor perlancongan.