Hari ini tanggal 13/5/2012 berlangsungnya pertandingan ping pong antara jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri Johor di Permai, Johor Bahru. Menang banyak jabatan yang menghantar pasukan lebih kurang 40 pasukan. Menarik pertandingan ini berlangsung selama sehari tetapi bermula lewat sekitar jam 9.30 pagi dan tamat pun lewat. Sehingga hampir maghrib. Terdapat pasukan yang diprotes kerana menghantar pemain yang terdiri daripada bukan kakitangan jabatan tersebut. Kalau dah main dalam negeri sahaja, memang semua orang akan kenal dan bukannya tidak biasa dengan muka-muka pemain tersebut.