Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

30/07/2012

Rahsia Lima Malaikat Turun di Lima Tempat


Bersabda Rasulullah SAW: "Tidak tiba suatu hari melainkan turunnya 5 Malaikat:-

  1. Turunnya malaikat di Makkah.
  2. Turunnya malaikat di Madinah.
  3. Turunnya malaikat di Baitulmaqdis.
  4. Turunnya malaikat di kubur orang muslimin.
  5. Turunnya malaikat di majlis kaum muslimin.

Berkata malaikat yang turun di Makkah: "Ingatlah! Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah SWT maka sesungguhnya mereka itu terlepas dari rahmat Allah SWT."

Berkata malaikat yang turun di Madinah: "Ingatlah! Sesiapa yang meninggalkan sunnaturrasul maka sesungguhnya mereka itu tidak akan mendapat syafaat dari Rasulullah."

Berkata malaikat yang turun di Baitulmaqdis: "Ingatlah! Sesiapa yang memakan harta haram tidak akan diterima segala amalnya."

Berkata malaikat yang turun di kubur orang muslimin: "Wahai ahli kubur! Apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?" Berkata ahli kubur: "Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amal kerana telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu dan kami merasa iri hati dengan orang yang selalu solat berjemaah dan membaca Al-Quran dan membaca selawat serta beristigfar sedangkan kami pula sudah tidak boleh lagi berbuat semua itu."

Berkata malaikat yang turun di majlis kaum muslimin: "Wahai manusia! Tenang-tenanglah sebab Allah itu menentukan balasan hukuman. Sesiapa yang takut atas pembalasan Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukannya. Kami sentiasa takut tetapi kamu tidak takut kepada Allah. Kalaulah tiada orang yang khusyuk dan tiada bayi-bayi yang masih menghisap susu ibu dan tiada binatang peliharaan dan tiada orang-orang tua yang solat nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa dengan sekaligus."

Berkata Aisyah RA: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku:"Wahai Aisyah, awaslah dari dosa-dosa yang kecil sebab Allah pasti akan menuntutnya."

Seorang Hakim telah ditanya: "Mengapakah kami mendengar pengajian tetapi kami tidak dapat mengamalkannya?" Berkata Hakim itu: "Itu adalah berpunca dari lima sebab antaranya:-
  1. Allah telah memberi nikmat kepada kamu tetapi kamu tidak mensyukurinya.
  2. Kamu telah berbuat dosa dan kamu tidak pula mahu beristigfar.
  3. Kamu tidak suka mengerjakan apa yang sudah kamu ketahui.
  4. Kamu bersahabat dengan orang-orang yang baik tetapi kamu tidak mahu meniru amal kebaikan mereka.
  5. Kamu selalu menguburkan orang yang telah mati tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons