Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

02/08/2012

10 Tips Mengelak Mualaf Kembali Murtad (Part 2)



6. Berikan hak mualaf kerana mereka memiliki bajet asnafnya sendiri. Bezakan antara hak mualaf dan hak fakir miskin. Ramai yang tidak faham dengan anggapan bahawa membantu mualaf hanya apabila didapati mereka itu fakir dan miskin sahaja. Pastikan juga pegawai tidak mengambil kesempatan membuat duit dan mengambil rasuah. Jangan sesekali menerima duit saudara baru kerana mereka belum memahami bahawa rasuah itu salah disisi hukum. Pegawai akan dibeli jika mula menerima duit mualaf yang menyangka semua urusan akan beres dengan duit. Dokumen berkaitan pengislaman jangan dikenakan bayaran seperti borang, surat sumpah, afidavit, fotostat, gambar pengenalan atau lain-lain perkhidmatan. Gunakan peruntukan asnaf muala untuk sebarang kos yang memerlukan bayaran. Mudahkan urusan pengislaman dan jangan ditangguh atau mereka disuruh pulang kononnya untuk tujuan berfikir semula.

7. Jangan menganggap mualaf itu nothing. Hakikatnya mereka memiliki potensi dalam bidang masing-masing. Pegawai saudara baru bertanggungjawab mengembangkan potensi itu untuk tujuan dakwah. Pastikan ada pelapis pendakwah mualaf yang mampu kita lahirkan saban tahun. Kejayaan mualaf adalah kejayaan pegawai juga. Jika hal ini diambil mudah, mualaf bukan sahaja tidak berkualiti tetapi terdedah dengan pemesongan akidah dan boleh menyebabkannya murtad.

8. Pegawai menjadi contoh dalam semua aspek tarbiah termasuk bersedia melatih saudara baru sebagai insan terpimpin, ketua yang adil, imam solat, insan berbudaya, sanggup berkorban kerana agama, mempersaudarakan mualaf dengan Muslim keturunan dan membantu menguruskan pencarian jodoh yang baik. Pegawai tidak boleh pilih kasih seperti melebihkan satu-satu bangsa dengan lainnya. Bersedialah kerja lebih masa, sanggup menjadi pengurus, guru, bapa atau ibu dan kaunselor yang baik kepada mualaf serta memiliki hikmah dalam membuat keputusan.

9. Hidupkan sunnah nabi dalam pergaulan, berpakaian, makan, memperbanyakkan amalan sunat seperti zikrullah dan qiamullail. Berhiburlah dan bernasyid dengan tertib tanpa meminggirkan adab dan tatasusila bergaul.

10. Sentiasa perbaharui niat, bekerja kerana Allah semata-mata. Pegang prinsip ini. Sekiranya berdepan dengan sebarang ujian seperti tekanan dan fitnah, kembalikan kepadaNya. Apa yang penting, mohon kepada Allah daripada sebarang angkara murka. Jangankan putuskan silaturahim dengan mualaf sekalipun kita mungkin tidak lagi menjadi pegawai mereka. Mungkin saudara baru masih memerlukan kita kerana jika tidak berhemah, kita bimbang seluruh jabatan dipersalahkan gara-gara kealpaan kita terhadap layanan yang semestinya diberikan kepada golongan mualaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons