Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

22/09/2012

Ben 10, Tolong


Jumaat lepas aku terpaksa bercuti kerana membawa hero aku yang sulung ke hospital. Nama pun budak-budak sudah tentu macam-macam perkara yang dia lakukan sebab ingin mengetahui kesannya. Anak aku ini telah memasukkan manik ke dalam lubang hidungnya. Setelah berjaya masuk, dia cuba untuk mengeluarkan namun gagal. Isteriku mula risau. Setelah menelefon seorang rakan yang bertugas di hospital sebagai doktor pakar, dia pesan biarkan saja dan datang esok pukul 9.00 pagi ke hospital untuk berjumpa dengannya. Memandangkan kejadian berlaku pukul 10.00 malam dan jika dibawa ke hospital pada malam itu juga, tiada apa yang dapat dilakukan.

Aku datang pukul 10.00 pagi ke hospital. Amboi, ramainya orang sehingga penuh kawasan letak kereta. Aku menuju ke bahagian ENT, ramai juga doktor pelatih. Anak aku dijadikan bahan pembelajaran pada pagi itu. Doktor-doktor pelatih mencuba untuk melihat manik dan ada juga yang gagal mengesan benda di dalam hidung. Aku nak gelak juga. Maklumlah lubang hidung halus, budak usia 2 tahun lebih. Aku pun dapat ilmu baru pada pagi itu. Tidak lama kemudian anak aku dibawa oleh doktor-doktor ini ke bilik rawatan dan diiringi doktor pakar. Aku biarkan saja dia masuk sendiri. Anak lelaki, biarkan sajalah. Hehehe....

Sedang aku menunggu anak aku di rawat, tiba-tiba kedengaran suara jururawat berbual dengan rakannya mengatakan terdapat panggilan Ben 10. Aku tergamam juga, mana pula datang Ben 10 ini? Rancangan televisyen kah? Tidak lama kemudian, suara kanak-kanak menangis dengan lantang dan menjerit, "Ben 10, cepat datang tolong. Ben 10 cepat lah". Aku tergelak. Rupanya suara kanak-kanak minta pertolongan Ben 10. Kanak-kanak tersebut dirawat setelah tersebut tahi telinga yang sudah keras didalam telinganya yang gagal dikeluarkan. Kuat betul pengaruh Ben 10.

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara anak aku pula menangis. Mujur dia tidak panggil upin ipin. Hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons