Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

22/09/2012

Permohonan Ke Kolej Vokasional Sesi 2013



Oleh kerana terdapat beberapa komen yang bertanyakan tentang kemasukan Kolej Vokasional sesi 2013 maka dengan ini aku ingin memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka permohonan ke kolej tersebut bermula pada 24 September 2012 hari Isnin sehingga 30 Disember 2012.

Nampaknya begitu ramai yang berminat untuk memohon mungkin disebabkan oleh Sekolah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi kolej dan pendidikan sehingga Diploma. Bagi syarat-syarat kemasukan tersebut boleh dirujuk pada halaman WWW.MOE.GOV.MY .

Pada 2012 ini terdapat beberapa sekolah telah dinaiktaraf sebagai perintis menjadi kolej manakala pada 2013 semua Sekolah Vokasional akan dinaiktaraf. Sistem pembelajaran dan masa juga berubah menjadi 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pengenalan sistem semester. Tidak rugi pun masuk Kolej Vokasional ini. Ok, cuba buat kiraan dari segi usia. Kebiasaannya pelajar akan menamatkan SPM pada usia 17 tahun dan masuk ke IPT usia 18 tahun. Sambung pelajaran di IPT untuk peringkat Diploma 3 tahun dan tamat pada usia 21 tahun. Berbanding mengambil peringkat Diploma di Kolej Vokasional usia 16 tahun selama 4 tahun dan tamat pada usia 20 tahun. Walaupun jurang masa hanya setahun tetapi dari segi kos masa dan belanja dapat dikurangkan. 

Bermula tarikh 24 September 2012 ini, bagi adik-adik Tingkatan 3 yang berminat dan rasa dirinya berkelayakan boleh melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dan mencari maklumat penuh disana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons