Subscribe:

Ads 468x60px

05/09/2011

Cara mencari halaman muka surat AL-Quran


Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan muka surat berapa juzuk yang ingin kita buka didalam Al-Quran. Kaedah pertama dipanggil Kaedah Al-Bana manakala kaedah kedua dipanggil Kaedah Orang Tua. Mari kita sama-sama belajar kedua-dua kaedah tersebut.
Kaedah Al-Bana:

{(J-1) x 20} + 2

J ialah juzuk

Contoh Pengiraan 1:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
{(5-1) x 20} + 2
(4x20)+2
80+2
maka Juzuk 5 di halaman ke 82

Contoh Pengiraan 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
{(10-1) x 20} + 2
(9x20)+2
180+2
maka Juzuk 5 di halaman ke 182

Kaedah Orang Tua
Kaedah kedua adalah kaedah kebanyakan ulama menggunakannya kerana ia lebih mudah diingati dan mudah dipraktik. Sifir untuk mengetahui muka surat sesuatu juzuk Al-Quran adalah berdasarkan kaedah orang tua adalah seperti berikut berikut:

(J-1) x 2 = ?2

J ialah juzuk, manakala tanda soal ialah jawapan yang harus diletakkan setelah mendapat jawapan dari (J-1) x 2. Kaedahnya seperti berikut:

Contoh Pengiraan 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh Pengiraan 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh Pengiraan 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons