Subscribe:

Ads 468x60px

05/09/2011

Makna Bulan-bulan Islam

Makna bulan-bulan Islam, mungkin ramai tidak mengetahuinya, di sini didedahkan serba sedikit maknanya.

Muharam
Bulan pertama iaitu Muharam (diharamkan).
Dinamakan demikian kerana pada bulan itu diharamkan untuk berperang atau menumpahkan darah. Ketika Islam datang, larangan perang pada bulan itu dicabut.
Hal ini didasarkan Firman Allah SWT dalam Surat Al-Baqarah : 191



Ertinya : "Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir.

Safar
Bulan kedua dinamai Safar (kosong atau kuning).
Dinamakan demikian kerana pada bulan kedua ini dahulu semua laki-laki bangsa Arab meninggalkan rumah; ada yang pergi perang, berniaga, atau mengembara sehingga rumah-rumah kosong ditinggal kaum laki-laki.

Rabiulawal
Bulan ketiga dinamai Rabiulawal (Rabi'al-awal = pertama menetap).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini semua laki-laki yang tadinya meninggalkan rumah
sudah kembali berada di rumahnya masing-masing.

Rabiulakhir
Bulan keempat dinamakan Rabiulakhir (Rabi'as-sani = menetap yang kedua atau penghabisan).
Dinamakan demikian kerana semua laki-laki yang meninggalkan rumah telah kembali menetap di rumah masing-masing untuk terakhir kalinya.

Jamadilawal
Bulan kelima dinamakan Jamadilawal (Jumada al-Ula = kekeringan pertama).
Dinamakan demikian kerana bulan ini dahulu orang Arab mengalami kekeringan.

Jamadilakhir
Bulan keenam dinamakan Jamadilakhir (Jumada al-Saniah = kekeringan kedua atau penghabisan).

Rejab
Bulan ketujuh dinamakan Rejab (Mulia).
Orang Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan cara menyembelih anak unta yang pertama dari induknya.
Korban ini disebut Fara'a dan dilakukan pada tanggal 1 Rajab.
Pada tanggal 10 Rajab disembelih lagi anak unta, tetapi tidak mesti anak unta yang pertama.
Penyembelihan korban ini disebut 'Atirah. Kebiasaan ini kemudian dihapus oleh ajaran Islam

Syaaban
Bulan kelapan dinamakan Syaaban (Sya'ban = berserak-serak).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini masyarakat Arab dahulu bertebaran pergi ke lembah-lembah dan oasis mencari air. Pada waktu itu terjadi musim kering sehingga mereka dilanda kesulitan air.

Ramadhan
Bulan kesembilan dinamakan Ramadhan (Ramadhan = panas terik atau terbakar).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu cuacanya sangat panas. Jika orang berjalan tanpa alas kaki, telapak terasa terbakar. Pada zaman Islam, erti kata terbakar itu dimaksudkan sebagai pembakaran dosa bagi orang yang melakukan puasa di bulan Ramadhan.

Syawal
Bulan kesepuluh dinamakan Syawal (Syawal = naik).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini, dahulu orang Arab mempunyai kebiasaan naik unta.
Pinggul unta dipukul sehingga ekor unta menjadi naik.
Pada masa Islam, Syawal diertikan sebagai naik atau peningkatan amal kebajikan
setelah sebelumnya dilatih selama sebulan dengan berpuasa Ramadhan.

Zulkaedah
Bulan kesebelas dinamakan Zulkaedah (Zu al-Qa'idah = yang empunya duduk).
Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu orang Arab mempunyai kebiasaan duduk-duduk di rumah, tidak berpergian atau mengadakan perjalanan.

Zulhijah
Bulan kedua belas dinamakan Zulhijah (Zu al-Hijjah = yang empunya haji).
Ibadah haji sebenarnya sudah dilaksanakan sejak Nabi Adam AS dan semua nabi-nabi sebelum Rasulullah SAW walaupun tata cara ibadah haji mereka tidak diketahui secara pasti.
Bahkan orang Arab di zaman Jahiliah juga melaksanakan ibadah haji dengan tata cara yang tentu saja berbeza dengan praktik ibadah haji dalam Islam.

Sumber maklumat: http://klinik-muallij.blogspot.com/search/label/Sejarah

0 comments:

Post a Comment

Dah Baca? Tinggalkan komen anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons