Subscribe:

Ads 468x60px

06/12/2011

Peluk Islam Kerana Sebatang Rokok


Sebelum John memeluk Islam, boleh dikatakan ajaran-ajaran dari agama-agama besar sudah dikajinya. Perbandingan agama, amal baik, amal jahat, soal halal, haram turut diamatinya. Hatta perihal perbuatan menghisap rokok yang diharamkan oleh sesetengah ulama Islam pun antara bahan kajian yang menjadi perhatian.

Mengaitkan cerita ini, satu masa dulu dia begitu ketagih menghisap rokok. Teman sebiliknya yang beragama Islam sering menasihati agar mengurangkan tabiat buruk itu tetapi dia hanya mempersetankan nasihat temannya sehingga pada suatu hari terjadi suatu keadaan yang sedikit keliru.

Puncanya ialah rakan sebilik yang bernama Malik membelikannya lima bungkus rokok kotak besar, sedangkan selama ini dia dan Malik sering bertengkar hanya berpunca dari bau rokok. Kata Malik, bau rokok yang melekat di bilik mereka itu dikatakan semacam bau panggung wayang.

John :Lik, apa hal ni dengan rokok yang banyak sangat? Untuk aku ke? Setahu aku, kau tak makan rokok.
Malik :Hisaplah banyak-banyak, asal kau bahagia.
John : Mimpi apa kau Malik? Kau dah buang tabiat?
Malik : Biar kita hilang duit, tapi jangan hilang sahabat.
John : Biar betul kau Malik.

John mencium kotak-kotak rokok tersebut dengan rakusnya. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, John terus menyedut tembakau itu dalam-dalam dan menghembuskan asap rokok yang mula menggelapkan seluruh penjuru ruang bilik dengan begitu rakus. Sementara itu, Malik bergegas keluar ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar. Apabila sampai pada batang rokok yang terakhir, John tiba-tiba berhenti menghisap. Sebaliknya dia merendamkan rokok yang sebatang itu ke dalam segelas air mineral.

Lima minit kemudian, larutan air tembakau rokok itu diberikannya kepada seekor ayam serama milik Malik di dalam sangkar khas di balkoni. Tidak lama kemudian, John mendapati ayam tersebut menggelupur dan mulutnya berbuih seperti mahu mati. Ketika Malik pulang, ayam tersebut sudah tidak bernyawa lagi. Malik hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. John yang serba salah cuma memujuk Malik ayam memasak ayam tersebut untuk hidangan malam.

Malik : Ayam ini sudah menjadi bangkai, mana boleh makan. Apa sudah selalu sangat ke kau makan bangkai?

John yang mendengar perkataan bangkai begitu terkejut. Dia begitu tersinggung dengan cakap Malik. Dia sempat membayangkan betapa hinanya dia kerana sering diperli malah dianggap lebih menyukai bangkai berbanding makanan halal lain. John menjadi sebak dan sayu.

Malik : Sudahlah tu, kenapa nak sedih sangat. Ayam aku mati pun aku tak sedih.
John : Malik.....Mulai saat ini aku berjanji akan berhenti merokok. Aku yakin Islam itu betul, sebab itu penganutnya ditegah membuat kerja sia-sia macam yang aku buat selama ini. Badan aku kotor, tolong aku Lik.....

Esoknya John mengajak Malik menemaninya ke Jabatan Agama untuk melafazakan ikrar keislaman dengan kerelaan dirinya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons