Subscribe:

Ads 468x60px

08/08/2012

Isteri ditangkap khalwat bersama Bangla



Minggu lepas seorang isteri ditangkap khalwat bersama pasangannya di bilik asrama pekerja kilang. Lelaki tersebut merupakan warga Bangladesh. Pada pukul 8:30 malam sebelum masuk waktu isyak, 4 orang lelaki Bangla datang ke surau bagi membuat aduan ada orang khalwat di asrama mereka. 5 orang lelaki yang berada di surau dengan diketuai oleh Imam surau telah menyerbu ke asrama tersebut. Terdapat sebuah lubang kecil di tepi bilik digunakan sebagai lubang sekodeng. Wah, bukan main asyik lagi pasangan itu. Kelihatan lelaki berada di atas perempuan dengan masing-masing berbogel. Kesemua saksi dapat melihat kejadian dengan bergilir-gilir. Saksi mengetuk pintu bilik dan pasangan haram tersebut mula kelam kabut memakai pakaian. Ketika di tanyakan dengan lanjut, lelaki itu mengatakan perempuan tersebut berhutang dengannya tetapi gagal membayar dan perempuan tersebut membuat keputusan membayar dengan nilai tubuhnya. Lelaki tersebut juga merupakan suami kepada seorang isteri yang berada di Bangladesh. Pasangan diserahkan kepada Jabatan Agama dan dihadapkan ke muka pengadilan. Pasangan telah dijatuhkan hukuman denda RM2500 & 10 hari penjara. Suami perempuan tersebut membayarkan denda tanpa rasa sedih sebaliknya dengan senyuman yang poyo. Mungkin baginya denda tersebut tidak menjejaskan perhubungan suami isteri manakala lelaki Bangla tersebut ditambah penjara 6 bulan setelah gagal bayar denda. Dalam bulan Ramadhan karim ni pun tiada keinsafan. Walaupun dikatakan syaitan telah dirantai tetapi syaitan yang telah melekat dalam badan manusia tidak dapat dipisahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
hostgator coupons